Wednesday 1 January 2014

Pengembaraan dan Percutian berTafakkur Bahagian 1

Alhamdulillah, pada 8.12.2013 yang lalu, saya dan rakan-2 telah selamat menjalani "percutian" perpisahan yang menggembirakan. Kami telah pergi ke Pulau Pinang dan Perak. Percutian itu tamat pada 11.12.2013.

Banyak yang aku pelajari semasa melalui "percutian" itu. Dan yang paling banyak aku dapat manfaat adalah semasa berada di dalam Gua Tempurung, Perak. Tatkala daku melangkah masuk ke dalam gua tersebut, terasa gelap sekali. Kakiku lenguh mengharapkan Kekuatan Ilahi. :') Daku tidak berputus asa bersama kawan-2 yg sangat memberi semangat. Melangkah beberapa ribu anak tangga tanpa rasa tergugat.
Rasa lemah jaa masa tengok tangga tu semua Y_Y hahaha XD

Bermulanya hikayat ini apabila kami bertemu dengan pelbagai rintangan. Sungguh, aku merasakan kehidupan dan suasan di dalam gua itu mirip sekali dengan dunia ini. :') Bukankah dunia ini sebenarnya tempat ujian kita ? Maka begitu juga dengan gua tersebut. Ianya sungguh gelap, maka kami diberi pertolongan dengan cahaya. Sesunguhnya, dunia ini gelap semata-2, sehinggalah Al Quran datang dan menyinari kita sebagai panduan buat semua Umat Manusia.

Tidak cukup dengan itu, Allah swt utuskan seorang Nabi dan Rasul Yang Mulia, Nabi Muhammad SAAW, untuk memberi petunjuk arah kepada kita. Hal ini seperti para "guide" kami yang sentiasa menunjuk arah kepada kami. Ini bagi memastikan tiada siapa yg TERSESAT. Allahu Robbi !

Sungguh, bersahabat itu sangat penting. Tatkala aku hampir jatuh, maka mereka menyambut tanganku, untuk meneruskan perjuanganku. Mereka mengingatkan daku kepada Sahabat Nabi SAAW yang senantiasa bersama baginda SAAW dan menolong baginda SAAW. Ada juga kawan-2 ku yang menolak aku dari bawah, supaya aku lebih mudah untuk naik ke atas. :') Adakah ini nilai persahabatan ? Sungguh, ini hanyalah permulaan bagi tangga persahabatan.

Kemudian, akau bersama mereka dalam meneruskan perjalanan hingga tiba di saat kami sangka KEMENANGAN, tetapi, alangkah terkejutnya kami apabila di situ bukanlah KEMENANGAN yang HAKIKI. Ia membuatkan aku terfikir, sesungguhnya, jika daku berjaya di DUNIA ini sekalipun, ianya bukanlah KEJAYAAN yang sebenar, tetapi kejayaan SEBENAR adalah pada saat kita mendapat HUSNUL KHATIMAH (Mati dalam keadaan yang baik, mukmin).

Mehh, pintu tamat konon ~_~

Kami meneruskan perjalan setelah berhenti berehat dengan "Kemenangan yang fana (sementara)" itu. Kami menyusuri sebuah alur yang membuatkan kami lebih berhati-2 dan berjaga-2 terutamanya, kepala kami. Sungguh di situ, aku belajar untuk mengawal badanku, supaya tidak hanyut dibawa arus NAFSU. Dan kepalaku, ia tempat aku berfikir, Mungkin hikmahnya adalah berhati-2 semasa berfikir atau memikirkan sesuatu. Mehhh, ada yg terantuk KEPALA dalam org dok PESAN "JAGA KEPALA". hahaha XD

Jaga kepala woii !! *Gedebuk ADOII Y_Y

Aku belajar merangkak semula seperti aku muda dahulu. Err, sekarang pon muda lagi (>.<) hihihik tak kahwin g. (>.<) Semasa daku merangkak, aku belajar mengawal tangan dan kakiku, daripada dibawa arus air yang deras.Sungguh, jika kita tidak mengawal tangan dan kaki kita di dunia ini, maka banyaklah maksiat yang bakal kita lakukan kerana, kaki membawa kita pada tempat maksiat, dan tangan itu anggota yang sering melakukan maksiat. Dalam maksiat, bukan sahaja berkaitan dengan syahwat, tapi juga berkaitan dengan dosa-2 lain. Dalam internet terutamanya alam maya FB, seringkali kita melakukan maksiat dengan mengumpat, mengutuk dan menghina orang lain menerusi penulisan kita. Wal'iyazubillah, semoga kita dapat mengelakkannya. InsyaAllah.

Merangkak Jang xmerangkak ~ Kecuali Sir ~_~ Sir xmerangkak baq hang, hat kt air tuh

Setelah beberapa jam kami di dalam kawasan gua, "merabat" (memanjat) dinding gua, turun gelongsor serupa bebudak, menyusuri kawasan berair, dan lain-2, kami menemui penamat kami. :') Penamat yang menggembirakan, siap boleh tido lagi, hahaha XD rehat-2 badan setelah letih berkelana di dalam gua. Erk, berkelana ? Balun jaa ~_~ bunyi cam sastera. haha XD

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi akhir kami. Kami rehat seketika, basuh kasut SUPRA, minum air yang entah dari mana dan sebagainya (cam pantun lak aku baca). Tambahan pula, ada TORCHLIGHT kawan kami yang ROSAK disebabkan dirempuh oleh ABANG BESAR ~_~ Torchlight budak putri plak tuh Y_Y Abang besar tu beli torchlight, tapi TERLUPA nak bawa pi masuk GUA. Apa daaa ~_~

Penamat yang menggembirakan. Mehh ~_~

Pesanan buat pembaca ~ jika kalian masuk dalam gua, dan sampai SAAT nak gelongsor, TOLONG JANGAN ACAH ORANG DI HADAPAN. ~_~ dan PASTIKAN tempat "LANDING" anda itu RATA dan MENYENANGKAN, bukannya BERBATU, satlagi tercucuk bahagian belakang (paham-2 laa), BAWASIR 1 minggu. Hahaha XD

Jangan acah dan tgok tempat LANDING >.<

Yang paling gentleman ialah, orang lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan, satu di hadapan dan satu di belakang. Hal ini untuk menjaga kaum Hawa yang berada di tengah-2. Iya laa, hat depan tu untuk "TEST" samada BERJAYA o TAK. Hat di belakang tu untuk jadi "MANGSA" klu sorang terjatuh. O apa-2 ~_~ Bak kata Ustazah Asmahan yang sering memetik ayat Al Quran yang berbunyi "Ar Rijalu Qawwamuna 'alan Nisaa'" (lelaki itu pelindung bagi perempuan) Ayat 34 : Surah An Nisaa'.

Sabar, semangat tidak berputus asa, tolong-menolong, bekerjasama, dan sentiasa MEMASTIKAN ada orang di belakang kita, merupakan sikap dan sifat serta aspek yang perlu ada pada diri kita. Yang besar hendaklah di belakang semasa MEMANJAT, dan berada di HADAPAN semasa bergelongsor. Hahaha XD melawak jaa.. :)

Tolong menolong, bukan PEDAJEY ~_~

Jadi, inilah celotehku, buat para pembaca yang sudi membaca. :D

The Ar Razians 2012/2013 DA BEST !!!

Pesanan buat semua orang termasuk hamba ~ Lihatlah setiap yang berlaku di sekeliling kita ini dengan HIKMAH. Jangan lihat dengan bala' atau bencana, tapi lihat dengan rahmat. Nescaya akan tenanglah hati itu dan dapat merasa kasih sayang Tuhanku dan Tuhanmu, senantiasa. InsyaAllah.

P/s : bagi pembaca -kelas ArRazi 2012/2013 yang tak puas hati dengan POSTING nih, kita selesai kot belakang. (^_^) Wallahu'alam.

Selesai bahagian 1.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog