Friday 3 January 2014

Madah Percintaan ~

Assalamualaikum w.r.b.t, kepada adik-2, abang-2, kakak-2, dan sekalian pangkat yang sedang merasa "hangat"nya CINTA. Aku sebagai hamba, mahu membawa beberapa nasihat kepada kalian supaya tidak berasa derita dek kerana terputusnya CINTA.



Oh Sahabat ~
Tatkala engkau mengenal cinta,
Maka tiadalah lagi yang dilihat,
Melainkan gambaran yang membuta.

Oh Kawan ~
Andai engkau merasa CINTA,
Hiasilah dengan TAKWA,
Supaya engkau tidak DERITA,
Kerana terputusnya RASA.

Oh Manusia,
Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang CINTA ?
Sesungguhnya, CINTA itu hanya MILIK MUTLAK Yang Maha Esa,
Yang Maha Mencipta segala Yang Dicipta (makhluk),
Kenapa tidak bercinta denganNya ??

Oh diriku yang hina,
Mengapa harus ada perasaan terhadap manusia ?
Sedangkan Tiada pada Yang Maha Esa,
Musnahlah engkau saat tiba satu masa (kiamat).

Oh diriku yang binasa,
Mengapa diberi hati kepada yang Alpa (manusia),
Sehingga hati tiada makna,
Tidakkah engkau faham erti hamba ?

Wahai Hamba ~
Adakah engkau masih teringat akan TuhanMu ?
Yang senantiasa memberi cinta-Nya kepadamu ?
Tanpa berbelah bahagi ditumpukan kepadamu,
Tidakkah engkau mahu menjadi hamba yang Taat kepada Tuhan Yang Satu ?

Wahai Hamba ~
Janganlah engkau lupa,
Kepada Tuhan Yang Maha Pencinta,
Kerana cintanya seorang hamba,
Sungguh kelak, binasalah engkau seperti binasanya daun dibakar api membara.

Wahai manusia yang tidak sedar diri,
Adakah layak kasih dan cinta mu berbelah bahagi ?
Diantara manusia dengan Yang Hakiki,
Sungguh, pilihlah jalanmu duhai sodiqi (kawanku),
Berdasarkan pemikiran yang sejati,
Bukan nafsu yang membuta tuli.


Inilah puisi Percintaan buat segala hati,
Yang inginkan perasaan bahagia dan gembira sekali,
Ianya hanya tertakluk pada Yang Maha Tinggi,
Jagalah hati supaya tidak disakiti.

Engkau rebah berkali-kali,
Dek kerana cinta duniawi,
Dengan melupakan cinta Ilahi,
Itulah engkau, manusia tidak kenang budi.

Percintaan Hakiki milik Ilahi,
Percintaan Abadi milik Si Nabi,
Percintaan ukhrawi pada si suami isteri,
Pilihlah keputusanmu wahai Insan Nurani.


Nasihat ini buat si hamba,
Dalam mengejar Cita dan Cinta,
Tidak Menghina Tidak Mencela,
Hanya pedoman kita semua.

Wallahu'alam. Anda menyentuh jiwa, mengusik qalbu, ku mohon maaf darimu. Tujuanku untuk berubah denganmu, bukan untuk menyakiti hatimu. :')

Yang Ikhlas,
Hamba Ilahi.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog