Friday 17 January 2014

Puisi Hakikat Penuntut Ilmu

Puisi ini daku tulis atas permintaan kawanku. Ianya tidak seberapa, tetapi bolehlah untuk santapan kita. Mungkin ianya baik untuk kita. Ambillah yang baik, buanglah yang buruk ~

Dengan Nama Allah, penaku bergerak ~


Kewajipan Menuntut Ilmu telah disabdakan oleh Baginda Rasul SAAW
Wahai Penuntut Ilmu,
Mahukah aku khabarkan hakikat dirimu ?
Tugas dirimu sebagai si penintut ilmu,
Yang sering kamu lupakan ketika berguru.

Alangkah bahagianya si penuntut ilmu,
Berjuang bagaikan jihad di medan perang,
Mati seperti syahid dalam perjuangan,
Syurga dihadapan, namun. . . 
Neraka lebih berhampiran.

Oh Penuntut Ilmu,
Perkara utama adalah niatmu,
Adakah mengejar dunia. atau akhirat Tuhanmu ?
Atau mungkin kedua-duanya ?
Tetapi hakikat penuntut ilmu yang sebenar,
bukanlah mencari dunia,
atau dambakan syurga,
Yang mereka mahukan hanyalah mengenal Nabi,
dan mencari Tuhan Yang Maha Tinggi.

Inilah ILMU

Wahai Penuntut Ilmu.
Adakah engkau sudah perbetulkan hati (niatmu) ?
Andai ia masih terpesong,
Jangan engkau baca puisi ini melainkan sudah bertaubat,
Taubat dari jalan yang salah kepada jalan Allah.


Kemarilah wahai pelajar,
Mari belajar mengenal adab dengan pengajar,
Sesungguhnya adab itu pembuka rahmat,
Bagi mendapat hidayah daripada Sang Pemberi Rahmat.

Adab yang pertama adab bersama Mu'allim,
Dialah yang mendidik si Jahil hingga menjadi Alim,
Tanpanya engkau tidak akan bisa mengenal Al Alim,
Bahkan tidak juga mengenal Alam.

Guru itu adalah wasilah,
Bagi mengenal Tuhan Yang Esa iaitu Allah,
Tanpanya engkau akan salah (dalam mengenal Allah),
Tiada mendapat apa-apa melainkan lelah.

Hak gurumu itu lebih besar dari ibubapamu,
Tatkala engkau bersamanya selalu,
Jika dibawah telapak kaki ibumu mempunyai syurga,
Maka ketahuilah, dengan gurumu lah engkau menemui jalan ke syurga.

Jagalah Adab dengan Guru
Andai baik akhlakmu dengan gurumu,
Maka syurga buatmu,
Andaikata sebaliknya,
Nerakalah selayaknya bagimu.

Matikan mulutmu, tatkala guru berbicara,
Waqofkan jasadmu, saat mendengar kalam si dia,
Bukakan telingamu, lapangkan dadamu, agar mudah difahami ajaran Sang Guru,
Inilah sekelumit adab berguru.

Andai kata guru menyakitimu,
Jangan diambil hati walaupun membunuhmu,
Lihatlah jalan Hikmahnya (kebaikan guru),
Bukan jalan Hinanya (kesilapan guru).

Oh Penuntut Ilmu,
Alangkah jahilnya kamu,
Tatkala mencela gurumu,
Tiada Tuhan melihatmu,
Melainkan neraka memanggilmu.

Duhai si Penuntut,
Carilah ilmu menerusi guru yang patut (guru yang betul),
Yang mengenal Tuhan menersui Makrifat (kenal Tuhan menerusi jalan yang benar),
Mengenal Nabi menerusi Hakikat.

Jaga Adab dengan Kitab, supaya Ilmu itu Berkat

Kemudian, jagalah adabmu dengan kitabmu,
Jangan dihina atau engkau kan dihina,
Namun, KitabNya (Al Quran) lebih utama,
di sisi ZatNya Yang Mulia.

Kitab asas ialah kitab aqidah,
Namun didahulukan dengan kitab tasawwuf (adab),
Hal ini bagi menjaga adab dan akhlak,
Supaya ilmu kekal di dada kelak.

Ta'limul Muta'allim diberi nama,
Nama kitab permulaan adabnya (kitab yang harus dipelajari sebelum berguru),
Beradab itu lebih utama,
Demikianlah dakwah Nabi Yang Mulia.

Oh Penuntut Ilmu,
Awasilah kakimu,
daripada mengena kitabmu (kaki terkena atau mengunjurkan kaki ke arah kitab),
Ltakkan kitab diatasmu (tempat tinggi),
Agar tidak terkena Laknat Tuhanmu.



Wahai Pencari Ilmu,
Jangan ke mana-mana,
Melainkan dengan pena dan tinta,
Kertas kosong (buku kecil) jangan dilupa,
Untuk mencatat ilmu di mana-mana.

Kenalilah Tuhanmu menerusi Alam,
Berbicaralah dengan mereka,
Belajarlah dengan mereka,
Catatkan apa yang kamu dapati daripada mereka,
Nescaya engkau akan menjumpaiNya.

Catat Ilmu mu, supaya kamu dapat sentiasa mengingatinya


Adab dengan sahabat jangan dilupa,
Kerana mereka sangat penting buat kita,
Andai kita ketinggalan kerna (kerana) alpa,
Dapat bertanya kepada mereka buat sementara.

Hati mereka jangan disakiti,
Jangan pula menghina dan mencela,
Jikalau tidak, engkaulah yang akan mati,
Mati daripada bertemu Yang Hakiki.

Jaga Hati kawan (^_^)

Sabar, Istiqomah, dan sifat Mahmudah,
Itu semua sifat yang perlu ada padamu,
Andai engkau benar-benar mencari ilmu,
Maka didiklah dirimu dengan itu (sifat-sifat itu).

Sabarlah dengan gurumu, sahabatmu,
Sabarlah dalam mencari ilmu,
Istiqomahlah dalam pembelajaranmu,
Istiqomahlah dalam mengamalkan ilmumu (Hakikatnya, bukan ilmu kita, tetapi Ilmu Dia).

Ingatlah wahai Si Pendamba Ilmu,
Sesungguhnya ilmu itu hidupmu,
Ia juga cahaya yang menerangi sekeliling mu,
Manakala jahil pula matimu,
Ia adalah kegelapan yang menggelapkan hidupmu.

Hanya MATI sahaja yang dapat buatkan Pena si Penuntut Ilmu berhenti bergerak

Ketahuilah,
Jalan Ilmu itu jalan yang sukar,
Sering dipandang hina oleh segenap manusia,
Namun, tahukah engkau bahawa . . 
Si Penuntut Ilmu itu sangatlah Mulia,
di Sisi Tuhan Azza Wajalla.

Inilah nasihatku wahai si Penuntut Ilmu,
Nasihat khusus buatku dan buatmu,
Aku tidak sempurna dalam adabku,
Tidak juga cukup dalam ilmuku,
Tetapi aku mahu berubah bersamamu,
Mencari Tuhan Yang Satu.

Teruskan Menuntut Ilmu !!! (^_^)

Download Terjemahan Kitab Ta'lim Al Muta'allim : Klik Di Sini 

Pesanan Ringkas : Kalau PDF tu tak boleh download, maka Silalah bertandang ke kedai-kedai buku, mungkin ada di sana (^_^). Harap Maklum. Afdolnya beli kitab tu la. Download ni bila tak dak pilihan.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog