Thursday 20 February 2014

Mari Belajar dari Alam (Kisah Salik dan Air)

Alhamdulillah, akhirnya kisah ini dapat juga daku "publish" setelah daku cuba "menghadamnya" supaya TIDAK MEMAKAN diriku di kelak hari. Namun jika ku kecundang, ku mohon keampunan daripadaNya.

Apa yang kita akan dapat daripada Sungai ?

Dengan Nama Allah ~ Penaku bergerak ~



Dalam perjalanan Si Salik mencari Tuhannya, dia berhenti seketika di sebuah hutan yang berdekatan dengan sebuah sungai. Si Salik melunaskan hutang rehatnya akibat terlalu lama berjalan. Dalam masa itu, dia terlihat akan sebatang sungai yang airnya mengalir deras. Tiba-tiba Si Salik berteriak "Allahu" dan terus menangis. Lalu, dia berkata : -

"Duhai Air, Sungguh, tatkala aku melihatmu, aku terlihat (mengingati) akan Tuhanku. Aku selama ini telah SYIRIK kerana BERTUHANKANmu. Dahulu, aku diberitahu bahawasanya sekiranya TIADA AIR di muka bumi ini, PASTI seseorang manusia itu bahkan semua makhluk di muka bumi ini akan mati. Aku telah MENGIMANINYA. Tetapi, itu semua DUSTA belaka. Aku hidup BUKAN kerana engkau ADA, tetapi kerana Allah swt yang menginginkannya (sifat Irodah). Dia ingin aku hidup. Namun, sayang sekali, masih ramai manusia lebih takut kehilangan engkau (air) daripada kehilangan Tuhan mereka (Redho Allah). Mereka hanya nampak Makhluk, sedangkan aku nampak Al Khaliq. Aku nampak Dia menerusi engkau."

"Oh Air Sungai, sungguh deras aliran mu. Adakah engkau mengejar Tuhanmu ? Aduh, malangnya nasibku ini. Aku tidak bersungguh seperti engkau dalam mencari Tuhanku. Engkau sanggup membedal jasadmu dengan batu-batuan yang ada semata-mata menuruti arahan Yang Maha Esa. Namun aku..... aku langsung tidak sanggup berbuat pengorbanan sepertimu. Malangnya diriku ini, ingin berjumpa Tuhan tetapi malas membuat pengirbanan. Apakah aku ini masih seprang insan ?"



Kemudian, Si Salik berhenti berkata-kata. Dia menyusuri sungai yang ada dan melihat air menjadi sangat tenang dan jernih pada tempat itu. Dia kemudiannya menitiskan air matanya semula. Dia berkata sambil melihat dirinya (bayangnya) di dalam air tersebut : -

"Duhai diriku yang akan binasa, apakah engkau setenang air ini setelah binasa (mati)? Apakah engkau akan menjadi seperti air ini tatkala berduka ? Menjadi tenang senantiasa setelah mengharungi pengorbanan kepada Yang Tercinta. Sungguh, aku merasakan engkau tidak akan bisa menjadi seperti air walaupun dirimu diliputi oleh air. Sungguh mudah aku melihat diriku di dalam air, tetapi sangat sukar untukku melihat diriku secara rohani (dalaman). Inikah petanda aku belum sepenuhnya Muhasabah ?"

Setelah itu, Si Salik merasa begitu dahaga. Dia mencelupkan kedua belah tangannya dan "menakungkan" air tersebut dan terus minum. Kemudian, dia membasuh mukanya dengan air tersebut bagi menghilangkan kesan air matanya. Namun, air matanya kembali mencurah. Dia tidak dapat menahannya, justeru berkata : -

"Oh Air, Sungguh, aku tiada kuasa menahan sebak di dadan. Engkau mahu tahu apa yang aku fikirkan dan apa yang hatiku renungkan ? Sesungguhnya, aku terfikirkan Cinta Tuhanku kepadaku, dan merenungkan Cintaku kepadaNya. Cinta Tuhanku kepada lebih besar daripada cintamu kepadaku. Engkau menghilangkan dahagaku, tetapi Tuhanku memberikan aku segala yang zahir dan batin (tersembunyi). Dia beri aku tangan, namun aku menyalahgunakannya. Dia beri aku kaki, namun aku berjalan ke arah maksiat dengannya. Dia beri aku mata, namun aku tidak melihatNya. Dia beri aku telinga, namun aku tidak mendengar KalamNya. Dia beri aku mulut, namun aku tidak berzikir dengannya. Dia beri aku aqal, namun aku tidak memikirkan kekuasaanNya. Dia beri aku hati, namun aku tidak mengingatiNya. Jawablah pertanyaanku wahai air sungai ! Adakah aku layak berada di sisiNya ? Aku merenung diriku, sungguh aku mendapati diriku tiada melakukan apa-apa untuk berada denganNya. Aku tiada menginfakkan harta pada JalanNya. Tiada pula berjihad menegakkan SyiarNya. Sungguh, aku hanya hamba yang kosong. Kosong daripada memberi TETAPI penuh dengan menerima. Aku bertaubat kepadamu Wahai Tuhan Yang Satu. Sungguh, tatkala aku melihat diriku, aku mendapati Tuhanku (yang diyakini dan diimani, BUKANNYA yang WAJIB yakini dan diimani) "tidak sempurna". Kerana, aku sering melakukan maksiat disebabkan aku "menyembah" Tuhan yang "sesat". Tuhan yang aku sembah selama ini buta, tuli, bisu, jahil bahkan TIDAK ADA. Mengapa aku berkata begitu ? Kerana dikala aku melakukan maksiat, aku nafikan (lupa) Tuhanku Maha Melihat. Dikala aku berkata dengan kalimah yang fasad (buruk), aku dustakan Tuhanku Maha Mendengar. Dikala aku mengikuti jalan fasiq, aku lupa Kalam Tuhanku yang melarang aku daripada mengikuti jalan itu.Dikala aku berniat buruk, aku ingkar Tuhanku Yang Maha Mengetahui Segala-galanya sejak Azali lagi. Dikala aku menuruti jalan Kufur, aky bagaikan menafikan Kewujudan Wajibul Wujud, Allah swt, Tuhan Yang Maha Agung. Ya Allah ! aku bertaubat dengamu dari apa yang aku lakukan. Aku telah lama berada di dalam kegelapan kejahilan. Sungguh, Engkau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Lagi Maha Penyayang. Terimalah taubat ku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat. Sungguh, engkau TERNAFI dari sifat yang LEMAH. Bukan Engkau yang buta, tetapi aku yang BUTA. Bukan Engkau yang tuli, tetapi akulah yang TULI. Bukan Engkau yang tiada, tetapi akulah YANG TIADA. Yang ADA hanya Engkau ! Kekal ADA. Aku hanya ADA pada BAHASA, bukan pada MAKNA. Ampunilah daku wahai Tuhan Yang Satu."

Apa yang Laut bakal ajar kita ?

Si Salik kemudiannya jatuh pengsan beberapa ketika. Sesudah itu, dia bangun semula dan mengikuti arah air sambil beristighfar hingga dia menemui sebuah laut yang terbentang luas. Dia berhenti kepenatan dan mencedok air laut untuk diminum. Tatkala titisan pertama mengenai lidahnya, dia terus meludahkannya dan membuang air tersebut seraya berkata : -

"Alangkah masinnya dirimu wahai air laut. Sungguh aku hairan, aku mengikuti jalan sungai yang airnya penuh kesegaran dan kelazatan hingga aku menemui dirimu (laut). Namun, bilamana aku merasai dirimu, tidak seperti ku jangka. Engkau sungguh masuh dan tiada kelazatan. Apakah hikmah semua ini ?"

Si Salik kemudian duduk sambil berfikir sejenak. Kemudian, dia mendapat Ilham. Dia lantas berkata : -

"SubhanAllah ! Maha Suci Allah (daripada sifat lemah) yang telah menciptakan dirimu wahai laut walaupun berasal dari sumber yang satu (sungai). Sungguh, Tuhanku telah memberi Ilham kepadaku. Aku melihat kejadianku seperti umat manusia. Kami berasal dari sumber yang satu iaitu Adam dan Hawa, namun, daripada mereka berdua, Allah ciptakan pelbagai bentuk, rupa, karenah, ragam, dan sifat manusia. Ada yang berkulit putih, hitam, dan lain-lain. Ada juga yang rendah, tinggi dan sebagainya. Tetapi, itu semua TIADA ERTI, kerana Dia hanya melihat HATI. Hati yang Penuh dengan TAQWA akan berada di sisiNya, manakala hati yang penuh dengan KUFUR akan berada di tempat selayaknya (neraka). Sungguh, aku sangat takut jika tidak dapat berada di sisiNya. Kerana tiada Kebahagiaan Yang Hakiki melainkan bersamaNya. Allahu Robbi, Muhammadun Nabi. Laa Ilaaha IllAllah, Muhammadur Rasulullah."



Setelah beberapa lama dia di situ, Si Salik berangkat ke tempat lain. Dia berkata :-

"Alhamdulillah, syukur kepada Mu wahai Tuhan Yang Maha Penyayang ! Yang telah berikan kepada hambamu ini secebis Ilham dan tunjukkan jalan yang benar. Dan terima kasih juga kepadamu wahai sungai dan laut. Tanpa keduanya, aku tidak dapat mengenal Tuhan dengan lebih mendalam terutamanya kecintaanNya. Moga kita dapat berjumpa lagi di lain masa."

Si Salik terus sujud syukur dan kemudian membawa diri mencari Tuhan Hakiki.

Cintakan pokok,
Pokokkan layu,
Cintakan air,
Airkan kontang,
Cintakan Rasul,
Cinta Abadi,
Cintakan Allah,
Cinta Hakiki.

Beruntung bagimu,
Duhai insan terpuji,
Mencintai Nabi,
Tiada berbelah bahagi,
Cintai Allah,
Cinta Sejati,
Tiada kan mati,
Kerana di hati.

Sesungguhnya,
kecintaan itu...
Tiada erti,
jika kan mati,
Jadi sahabataku,
Cintalah Rasul,
Jangan dilupa,
Cintalah Allah.

Sesungguhnya..
Cinta mereka ~
Tiada kan hampa,
sampai bila-bila.
Oleh begitu,
jangan sia-siakannya,
Cintalah mereka,
sepenuh masa.

Sekian.

Aku hanya Pengemis. Pengemis Ilmu yang mencari Ilmu walau menyusuri Sungai mahupun Lautan.

Mohon maaf kerana tidak dapat "publish" cerita ini dengan lebih awal. Ini semua tertakluk pada Qudroh dan Irodah Allah swt. Semoga kisah ini bermanfaat kepada kita semua. Aaminn ~

Thursday 23 January 2014

Mari Belajar dari Alam (Bulan)

Alhamdulillah, puisi ni ku telah siapkan beberapa detik waktu yang lalu. Namun, tanpa keizinanNya, aku tidak dapat publish puisi ini secepat mungkin. Dengan izinNya, aku dapat publish pada hari ini. Puisi ini aku tulis khas untuk kita semua. Ia merupakan permintaan seorang rakan kepadaku. :) Semoga bermanfaat buat kita.

Fenomena Bulan ~ Apakah Hikmahnya ?

Dengan Nama Allah ~ penaku bergerak ~

Bulan Yang Indah (^_^) Apakah Hikmahnya ?

Oh Bulan,
Tiap kali mataku menatapmu,
hatiku menjadi sebak,
Mengenangkan nasibku tidak sepertimu,
dalam Ketaatan kepada Yang Berhak (Allah swt).

Duhai Bulan,
Engkau ditugaskan menyinari alam,
menggantikan matahari pada waktu malam,
Engkau adalah pantulan daripada Sang Mentari,
mengagihkan cahaya mengikut arahan Ilahi.

Betapa indahnya mu Wahai Bulan

Wahai Bulan nan Indah,
Mengapa aku tidak secantik engkau dalam adabiyah ?
Tidak juga seindah engkau dalam beribadah,
Engkau mentaati Tuhan tanpa resah,
tiada juga berasa susah dan gelisah,
Alangkah indahnya dirimu jika ada orang yang lihatmu dengan Hikmah.

Oh Bulan,
Sungguh, aku melihat engkau sangat tekun dalam beribadah,
Mengelilingi bumi tanpa terngadah,
Tiada pula engkau berasa lelah,
Kerana engkau lakukan ikhlas demi Allah,
Alangkah ruginya diriku ini,
Setiap malam menanti dirimu,
Namun, tiada pula aku mengerti hakikat dirimu,
Yang sangat Suci berbanding diri Hina ini.

Tunjukkan aku Hikmahmu !!!

Duhai Si Bulan,
Para saintis mencarimu dalam segenap sudut,
mengkaji tentangmu dari perihal makhluk,
Tanpamu tiada air pasang surut,
maka, terjejaslah kualiti air kepada makhluk.

Ketahuilah wahai insan yang membaca puisi ini,
Bulan itu lebih mentaati TuhanNya berbanding kamu,
Ia mengelilingi bumi pada setiap waktu,
Mencari Keredhoaan Yang Satu,
Namun kamu ??
Adakah kamu mengelilingi Tuhanmu selalu ? (beribadah kepada Dia)
Atau kamu melarikan dirimu daripada Dia itu ?
Sungguh malangnya nasibmu andai tidak mendekati tuhanmu,
Bagaikan pohon mati yang jatuh ke tanah tanpa mutu.

Adakah akan jatuh bulan itu ke atas kita nanti ?

Wahai Bulan yang Indah,
Sungguh engkau sangat mentaati Ilah,
Bergerak di atas paksi dengan tiada salah,
Namun suatu hari nanti,
Engkau tetap akan jatuh,
Menimpa bumi hingga hancur musnah,
Saat itulah digelar hari Qiyamah,
Yang ditunggu seluruh Ummah.

Dulu, ku anggap engkau adalah Tuhanku pada waktu malam,
Namun semua itu meleset kerana engkau dilinguni alam (spt. awan),
Sedangkan cahaya Tuhanku tiada apa dapat halanginya,
Jadi, ternafilah engkau sebagai Tuhan Yang Maha Sempurna.

Kehidupan Bulan ~ Seperti kita BUKAN ??

Sungguh, tatkala ku melihatmu Wahai Bulan,
Ku lihat diriku kemudian,
Engkau bermula dari TIADA,
muncul sedikit demi sedikit,
dan menjadi Sempurna,
Kemudian, engkau hilang beransur-ansur,
Hingga satu tahap, engkau HILANG TIADA,
Begitu juga dengan kami si manusia,
Kami ini TIADA pada mula,
kemudian diciptakan oleh Yang Maha Esa,
dilahirkan oleh Ibu Tercinta,
dibesarkan dari kecil hingga dewasa,
Hingga satu saat berkurangnya daya,
Dari berkuasa hingga tiada,
Sampai satu tahap, AKU TIADA,
Mati dipangkuanNya (Inilah yang diharapkan, iaitu Husnol Khotimah).

Oh Bulan yang berseri,
Setiap kali aku melihat engkau,
Aku ternampak kelibat bintang-bintang di sekeliling engkau,
Mereka ada dalam menemani engkau,
Namun, tak selalu aku melihat mereka dengan engkau,
Apakah ini alamat kawan-kawanku ?
Mereka ada di saat kegemilanganku,
tetapi, adakah mereka akan ada di saat kejatuhanku ?
Oh, malangnya diriku ini jika mempunyai kawan sebegitu.
Aku mahu sahabat seperti matahari,
Sentiasa memberi hingga mati,
Itulah takrif sahabat sejati,
Melindungi diri (sahabat) selagi ada denyutan nadi.

Bintang dan Bulan

Sungguh Bulan,
Engkau tiada berguna tanpa Mentari (matahari),
kerana cahaya engkau hasil pantulan daripada Sang Suria dini hari,
Begitu juga nasibku ini,
Tiada berguna tanpa Tuhan Yang Maha Suci,
Aku tidak akan diciptakan tanpa Ar Rahman,
Tetapi, mengapa aku tidak mahu bersyukur kepadaNya, Tuhan Sekalian Alam,
sedangkan Dia beriku segala-galanya ??

Oh Bulan,
Andai aku dapat memegang engkau,
Akanku peluk diri kau,
Engkau selalu menemaniku di saat aku berasa risau,
tidak lupa juga di ketika aku berasa hiba,
Aku harap engkau akan menemaniku setiap masa,
Namun, engkau hilang pada siang hari,
Aku mencari engkau separuh mati,
tetapi, aku hanya menemui jalan mati,
Lalu, kepada siapakah aku mahu lapangkan hati ini ?

Curahkan kepada Tuhanmu segala isi hatimu (^_^) 

Jawapannya ~
Kepada Allah lah, Tuhan Hakiki,
Aku mencari Dia tiada henti,
mengingati Dia di dalam hati,
Aku sering meluahkan perasaanku kepada Dia dini hari,
agar dapat menyenangkan hati ini,
Sungguh, tiap kali aku mengingatiNya,
Hatiku terasa ringan sekali dengan KalimahNya,
Dadaku hilang sebak dek keranaNya,
Bahkan telah bergetar jantungku takutkanNya,
Kemudian ku ketahui,
Dia Maha Melihat, Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui,
Aku berpaling dari engkau (bulan) untuk mencari Dia (Redho Allah swt),
supaya hatiku tiada lagi kekosongan atau berasa hampa,
kerana, Aku ada Dia di sini (dunia) dan di sana (akhirat),
Dialah Tuhanku Azza Wajalla.



Sekian, setakat inilah puisiku kali ini,
Dibuat untuk setiap hati yang mengingati mati,
Namun, mengingati Dia tanpa henti,
Membuatkan hatimu Tiada MATI,
kerana senantiasa HIDUP di sisi Ilahi,

Syukur kepada Allah swt atas Ilham yang diberikan kepadaku. Moga ditambahkan lagi (^_^) Aamiinnn.

Wallahu'alam.

Sinarilah Alam ini dengan Cinta kepada Allah dan Rasul.

Friday 17 January 2014

Puisi Hakikat Penuntut Ilmu

Puisi ini daku tulis atas permintaan kawanku. Ianya tidak seberapa, tetapi bolehlah untuk santapan kita. Mungkin ianya baik untuk kita. Ambillah yang baik, buanglah yang buruk ~

Dengan Nama Allah, penaku bergerak ~


Kewajipan Menuntut Ilmu telah disabdakan oleh Baginda Rasul SAAW
Wahai Penuntut Ilmu,
Mahukah aku khabarkan hakikat dirimu ?
Tugas dirimu sebagai si penintut ilmu,
Yang sering kamu lupakan ketika berguru.

Alangkah bahagianya si penuntut ilmu,
Berjuang bagaikan jihad di medan perang,
Mati seperti syahid dalam perjuangan,
Syurga dihadapan, namun. . . 
Neraka lebih berhampiran.

Oh Penuntut Ilmu,
Perkara utama adalah niatmu,
Adakah mengejar dunia. atau akhirat Tuhanmu ?
Atau mungkin kedua-duanya ?
Tetapi hakikat penuntut ilmu yang sebenar,
bukanlah mencari dunia,
atau dambakan syurga,
Yang mereka mahukan hanyalah mengenal Nabi,
dan mencari Tuhan Yang Maha Tinggi.

Inilah ILMU

Wahai Penuntut Ilmu.
Adakah engkau sudah perbetulkan hati (niatmu) ?
Andai ia masih terpesong,
Jangan engkau baca puisi ini melainkan sudah bertaubat,
Taubat dari jalan yang salah kepada jalan Allah.


Kemarilah wahai pelajar,
Mari belajar mengenal adab dengan pengajar,
Sesungguhnya adab itu pembuka rahmat,
Bagi mendapat hidayah daripada Sang Pemberi Rahmat.

Adab yang pertama adab bersama Mu'allim,
Dialah yang mendidik si Jahil hingga menjadi Alim,
Tanpanya engkau tidak akan bisa mengenal Al Alim,
Bahkan tidak juga mengenal Alam.

Guru itu adalah wasilah,
Bagi mengenal Tuhan Yang Esa iaitu Allah,
Tanpanya engkau akan salah (dalam mengenal Allah),
Tiada mendapat apa-apa melainkan lelah.

Hak gurumu itu lebih besar dari ibubapamu,
Tatkala engkau bersamanya selalu,
Jika dibawah telapak kaki ibumu mempunyai syurga,
Maka ketahuilah, dengan gurumu lah engkau menemui jalan ke syurga.

Jagalah Adab dengan Guru
Andai baik akhlakmu dengan gurumu,
Maka syurga buatmu,
Andaikata sebaliknya,
Nerakalah selayaknya bagimu.

Matikan mulutmu, tatkala guru berbicara,
Waqofkan jasadmu, saat mendengar kalam si dia,
Bukakan telingamu, lapangkan dadamu, agar mudah difahami ajaran Sang Guru,
Inilah sekelumit adab berguru.

Andai kata guru menyakitimu,
Jangan diambil hati walaupun membunuhmu,
Lihatlah jalan Hikmahnya (kebaikan guru),
Bukan jalan Hinanya (kesilapan guru).

Oh Penuntut Ilmu,
Alangkah jahilnya kamu,
Tatkala mencela gurumu,
Tiada Tuhan melihatmu,
Melainkan neraka memanggilmu.

Duhai si Penuntut,
Carilah ilmu menerusi guru yang patut (guru yang betul),
Yang mengenal Tuhan menersui Makrifat (kenal Tuhan menerusi jalan yang benar),
Mengenal Nabi menerusi Hakikat.

Jaga Adab dengan Kitab, supaya Ilmu itu Berkat

Kemudian, jagalah adabmu dengan kitabmu,
Jangan dihina atau engkau kan dihina,
Namun, KitabNya (Al Quran) lebih utama,
di sisi ZatNya Yang Mulia.

Kitab asas ialah kitab aqidah,
Namun didahulukan dengan kitab tasawwuf (adab),
Hal ini bagi menjaga adab dan akhlak,
Supaya ilmu kekal di dada kelak.

Ta'limul Muta'allim diberi nama,
Nama kitab permulaan adabnya (kitab yang harus dipelajari sebelum berguru),
Beradab itu lebih utama,
Demikianlah dakwah Nabi Yang Mulia.

Oh Penuntut Ilmu,
Awasilah kakimu,
daripada mengena kitabmu (kaki terkena atau mengunjurkan kaki ke arah kitab),
Ltakkan kitab diatasmu (tempat tinggi),
Agar tidak terkena Laknat Tuhanmu.



Wahai Pencari Ilmu,
Jangan ke mana-mana,
Melainkan dengan pena dan tinta,
Kertas kosong (buku kecil) jangan dilupa,
Untuk mencatat ilmu di mana-mana.

Kenalilah Tuhanmu menerusi Alam,
Berbicaralah dengan mereka,
Belajarlah dengan mereka,
Catatkan apa yang kamu dapati daripada mereka,
Nescaya engkau akan menjumpaiNya.

Catat Ilmu mu, supaya kamu dapat sentiasa mengingatinya


Adab dengan sahabat jangan dilupa,
Kerana mereka sangat penting buat kita,
Andai kita ketinggalan kerna (kerana) alpa,
Dapat bertanya kepada mereka buat sementara.

Hati mereka jangan disakiti,
Jangan pula menghina dan mencela,
Jikalau tidak, engkaulah yang akan mati,
Mati daripada bertemu Yang Hakiki.

Jaga Hati kawan (^_^)

Sabar, Istiqomah, dan sifat Mahmudah,
Itu semua sifat yang perlu ada padamu,
Andai engkau benar-benar mencari ilmu,
Maka didiklah dirimu dengan itu (sifat-sifat itu).

Sabarlah dengan gurumu, sahabatmu,
Sabarlah dalam mencari ilmu,
Istiqomahlah dalam pembelajaranmu,
Istiqomahlah dalam mengamalkan ilmumu (Hakikatnya, bukan ilmu kita, tetapi Ilmu Dia).

Ingatlah wahai Si Pendamba Ilmu,
Sesungguhnya ilmu itu hidupmu,
Ia juga cahaya yang menerangi sekeliling mu,
Manakala jahil pula matimu,
Ia adalah kegelapan yang menggelapkan hidupmu.

Hanya MATI sahaja yang dapat buatkan Pena si Penuntut Ilmu berhenti bergerak

Ketahuilah,
Jalan Ilmu itu jalan yang sukar,
Sering dipandang hina oleh segenap manusia,
Namun, tahukah engkau bahawa . . 
Si Penuntut Ilmu itu sangatlah Mulia,
di Sisi Tuhan Azza Wajalla.

Inilah nasihatku wahai si Penuntut Ilmu,
Nasihat khusus buatku dan buatmu,
Aku tidak sempurna dalam adabku,
Tidak juga cukup dalam ilmuku,
Tetapi aku mahu berubah bersamamu,
Mencari Tuhan Yang Satu.

Teruskan Menuntut Ilmu !!! (^_^)

Download Terjemahan Kitab Ta'lim Al Muta'allim : Klik Di Sini 

Pesanan Ringkas : Kalau PDF tu tak boleh download, maka Silalah bertandang ke kedai-kedai buku, mungkin ada di sana (^_^). Harap Maklum. Afdolnya beli kitab tu la. Download ni bila tak dak pilihan.

Monday 13 January 2014

Puisi Buatmu, Ya Rasulullah ~

Alhamdulillah, hari ini kita sekali lagi diberi izin oleh Allah swt untuk menyambut atau berbahagia pada hari Kelahiran Kekasih Kita, Nabi Muhammad SAAW. Pada malam tadi, alhamdulillah, hamba telah menyiapkan satu puisi tentang baginda SAAW. Puisi ini bukan hamba yang tulis, namun ia adalah perasaan yang timbul daripada kita semua. Dengan Nama Allah swt, Penaku bergerak ~

Kami mencintaimu Wahai Rasulullah


Ya Habiballah ~
Namamu Muhammad,
Yang Terpuji dikalangan Yang Dipuji,
12 Rabi'ul Awal tanggal kelahiranmu, duhai Sang Nabi,
Membawa rahmat seluruh Alam ini,
Puteranya Si Abdullah dan Aminah yang dicucuri (rahmat),
Pemberi Syafaat seluruh ciptaan Ilahi.

Demi Allah,
Seandainya engkau, wahai Rasulullah, melihatku,
Pasti engkau akan menitiskan air matamu,
Sedih dengan peribadiku,
Namun ~
Engkau senantiasa meminta ampun buat kami,
Pada setiap malam tanpa henti,
Malangnya, kami tidak putus-putus membuat dosa,
Sedangkan tiap malam engkau mendoakan kami,
Meminta pengampunan dari Ilahi,
Atas segala dosa kami.

Namun, kami sia-siakannya dengan maksiat kami,
Kami musnahkannya dengan zunub (dosa) kami,
Adakah kami layak menjadi umatmu, Wahai Sang Penghulu Nabi ?

Engkau Kekasih Allah,
Kami adalah umatmu wahai Habiballah,
Ini bermakna kami adalah Hamba Allah,
Akan tetapi, kami kadang-kadang menjadi musuh Allah tanpa disedari,
Kami ingkar suruhanNya, langgar laranganNya,
Lupakan sunnahMu bahkan alpa dengan duniawi,
Apakah layak kami memohon syafaatmu ?

Namun, kami tidak malu meminta syafaatmu nanti,
Sedangkan perbuatan (maksiat) kami amatlah teruk sekali,
Engkau adalah udara (bagaikan) buat kami,
Engkau adalah hujan buat tanaman kami,
Engkau adalah matahari pada siang hari,
Engkau adalah bulan pada malam hari,
Engkau adalah langit dalam menaungi kami.

Sungguhpun begitu,
Kami ini hina sekali,
Kami tidak dapat menjadi tumbuhan yang mekar dengan kecintaan udara,
Kami bukanlah tanaman yang subur dengan berkat titisan hujan,
Kami menjadi biasa bayang-bayang yang tiada terkena cahaya, (kerana kekotoron diri)
Kami bukanlah bintang yang senantiasa bersamamu,
Kami juga bukanlah awan yang berada padamu,
Kami hanyalah nsan yang tak pernah kenal erti syukur dan redho,
Oh Alangkah hinanya diri kami, duhai Pemberi Syafaat kami.

Ya Rasulullah,
Adakah terdapat syafaat buat kami?
Buat umatmu pada zahir ini, (Kita hanya nelambangkan zahir umat baginda, tetapi bukan pada roh kita)
Atau... kami tidak akan menerimanya ?

Allah ~
Celakalah badankami,
serta roh kami,
Andaikata kami tidak bisa melihatmu,
Tidak bisa memelukmu, menciummu... Alangkah ruginya ~

Muhammad Rasulullah SAAW

Oh Rasul Mulia,
Apa guna seluruh keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki,
Jika kau tiada tersenyum melihatnya,
Apa makna kenikmatan syurga,
Jika engkau tiada dapat dipandang,
Apa guna setiap nafasku,
Jika engkau memalingkan wajahmu.

Apa guna wujud tanganku,
Andai engkau tidak memegang,
Apa guna langkah kakiku,
Andai ia tidak berjalan kepadamu,
Apa guna degup jantungku,
Andai ia tidak merinduimu,
Apaguna aqal sihatku,
Andai ia tidak pernah mengingatimu,
Apa makna seluruh Alam ini,
Andai engkau tidak redho padaku.

Oh Ya Allah,
Hidupkanlah hati ini dengan mencintai KekasihMu,
Yang disangka mati padahal hidup disisiMu,
Yang sering mengingatimu setiap waktu, tanpa henti,
Yang hatinya hanya ada cinta, bukan benci,
Yang dirinya terdapat Al Quran, panduan kami,
Dialah, Dialah, Dialah Muhammad bin Abdullah SAAW, Rasul Kami.

Selawat dan Salam buatnya,
Sebanyak sela nafas makhlukMu,
Sebanyak bilangan pokok di bumiMu,
Sebanyak butiran debu di tanahMu,
Sebanyak degupan jantung pada setiap detik waktu,
Seluas air di lautan dan langit nun terbentang,
Juga, Sederas darah mengalir di dalam badan,
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga Tercinta baginda,
dan para Sahabat Mulia baginda,
Yang tiada henti membawa syariatnya,
Menegakkan agama senantiasa,
Walaupun dizalimi setiap ketika,
Merekalah yang berjuang dibawah panjinya,
Diakal orang lain ingin membunuhnya,
Merekalah yang dimuliakan oleh Kekasih Yang Mulia,
Di Sisi Tuhan Yang Maha Mulia.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.

Dengan Nurmu wahai Muhammad SAAW,
Kami ada untuk mengikuti langkahmu,
Walau tidak sempurna sepertimu,
Namun kami mahu menjadi umatmu,
Yang senantiasa merinduimu,
Yang apabila dibelah dan dilapah dada kami,
akan terbentanglah kalimah . . . .

LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH.
(Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah)

Kalimah Syahadah atau Thoyyibah

Wahai Nabi Yang Mulia,
Akhlak mu indah tak terkata,
Kami insan yang hina,
ingin memohon syaafaatmu senantiasa,
di sini (dunia) dan di sana (akhirat),
Kami bertawassul denganmu,
pada setiap detik waktu,
Atas keberkatan dan kemuliaan yang diberikan kepadamu,
Tolonglah kami wahai Kekasih Tuhan Yang Satu.

Inilah sedikit puisi tentangmu, wahai Rasulku,
Menerusi insan yang datang dari umatmu,
Menangis tiada henti mencari dirimu,
Dirimu yang lebih terang dari mentari (matahari),
Yang lebih cerah dari rembulan (bulan),
Lebih indah dari segala ciptaan,
Engkaulah Junjungan Besar kami,
Kekasih abadi kami,
Yang cinta kami tiada akan mati,
Tiada juga berasa rugi,
Engkaulah Rasul Kami,
Nabi Kami, Pemberi Syafaat kami,
Engkaulah Muhammad Al Musthofa...

Engkau adalah Nur (cahaya),
Nur yang tersangat terang daripada segala Nur,
Aku yang hina ini memohon ampun dan restu menerusi mu,
pada setiap sela waktu,
Moga-moga Tuhanku memakbulkan doaku supaya aku dapat bertemu denganmu. :')

MaulidurRasul ini,
Tiada erti jika kita berbalahan,
Tiada cinta jika kita berperangan,
Tiada rindu jika kita bergaduhan.

Ayuhlah sahabat,
Buanglah pakaian debat,
Sarunglah pakaian kasih dan cinta,
Agar diri menjadi lebih cinta kepada Al Musthofa. :')

Andai engkau masih berdegil,
Maka ketahuilah Tuhan itu Maha Adil,
Aku berlepas diri dari segala hal,
Aku hanya ingin mencari Tuhan Yang Maha Esa,
dan mencium Nabi Yang Mulia.

Biarlah airmatamu mengalir, sebagai tanda kerinduan kepada Nabi Al Mukhtar.
Jangan diusap atau disapu,
Biarkan ia terus menitis keluar dengan sebegitu,
Sesungguhnya ia akan menjadi hujjah buatmu,
untuk memohon syafaat Nabimu,
di akhirat kelak, insyaAllah jaminanku.

Selawat dan Salam buatmu wahai Junjungan kami

Puisi ini datangnya dari Ilham yang diberikan oleh Tuhanku. Inspirasiku adalah dari video Puisi Peringatan Maulid Rasulullah dan video Wahai Purnama (Ya Badrotim).

Aku hanya insan biasa, sepertimu. Ku mohon maaf jika ada kesilapan. Semoga kita semua bersatu padu demi kecintaan kepada Rasulullah SAAW dengan mengikuti sunnah baginda SAAW.

Inspirasi : Puisi Peringatan Maulid Rasulullah Klik Di Sini 
               Wahai Purnama (Ya Badrotim) Klik Di Sini

Wednesday 8 January 2014

Mari Belajar dari Alam (Kisah Si Salik dan Pokok)

Alhamdulillah, daku diberi ilham untuk membuat posting tentang kisah Si Salik bersama Pokok. Dahulunya daku membuat puisi tentang langit, namun, ianya mungkin ianya tidak bersifat umum, yakni tak semua orang dapat hayati, jadi, hamba tampil membuat sebuah hikayat mengenai Si Salik dan Pokok. (^_^) Semoga bermanfaat ~

Hikayat bermula, tatkala seorang Salik memulakan perjalanan mencari TuhanNya setelah menginggalkan hiburan dunia. Dia berjalan dengan keizinan TuhanNya. Sehinggalah pada satu ketika ia berhenti berehat, lelah tidak terhingga. Inilah manusia. Mempunyai kelemahan, cepat letih, penat, dan perlukan rehat. Berbeza dengan Allah swt. Dia tidak letih, tiada pula penat dan tidak memerlukan rehat. Allah Azza Wajalla Tuhan Yang Maha Perkasa.

Fikir apa yang kita dapat menerusi pokok

Tatkala Si Salik berhenti dibawah rimbunan pohon pokok, dia mencari TuhanNya (mengingati TuhanNya) dengan melihat ke arah pokok. Hatinya mulai khusyu' memikirkan TuhanNya dan dia terlihat Kebesaran TuhanNya pada setiap pokok di sekelilingnya. SubhanAllah !!! jeritnya. Si Salik lalu berbicara dengan pokok :

"Duhai pokok, sungguh engkau adalah makhluk Allah swt yang tidak henti berzikir. Engkau terus membesar dengan cintaNya, dan terus mencintaiNya dengan mengingatiNya selalu. Namun, diriku tidak sepertimu. Aku sering melupakan Tuhanku. Terkadang aku merasakan aku kehilangan cintaNya, padahal Dia sentiasa mencintaiku, namun aku tidak melihatnya. :') Apakah aku benar-benar hambaNya sedangkan aku sering melupakanNya ? Apakah aku ini hamba yang beriman atau.... (menangis)"

Si Salik kemudiannya mengelapkan air matanya dan berkata : -

"Wahai pokok, aku melihatmu tidak mampu bergerak (bergoyang) tanpa kehadiran angin. Kemudian hatiku terdetik, Adakah angin itu Tuhanmu ?. Namun aku berhenti seketika dan berfikir semula(untuk mencari jawapan bagi soalan tadi), seandainya angin itu Tuhanmu, maka jika ia TIADA, pasti engkai TIDAK BISA menghijau. Maka, terbuktilah angin itu bukan Tuhanmu. Akan tetapi, aku melihat diriku seperti engkau. Cumanya aku digerakkan oleh Tuhanku. Tanpa izinNya aku tidak bisa bergerak. Tetapi banyak pergerakan disudahi dengan perkara maksiat. Aku terus menangis tanpa henti memikirkan hal itu. Sehingga pada satu ketika, aku mendongakkan ke langit. Aku berhenti seketika, dan air mataku mulai mengalir semula. Aku melihat langit terbentang luas menyeliputi seluruh tempat. Aku tahu bahawasanya Pengampunan Tuhanku jauh lebih luas dari langit itu. Aku terus bersujud (tanda syukur) dan bertaubat. Mulai saat itu, aku keluar mencari Tuhanku (Redho Tuhan). Dan aku ketemu engkau. :')"

Ajari aku sifat hamba yang ada padamu

Si Salik berhenti seketika dan menghirup udara Allah swt ~

"Wahai pokok, aku melihat ketenangan dalam dirimu. Engkau berayun mengikut rentak angin. Namun, tidak pula terjadi pada diriku. Aku berbuat sesuatu tanpa memikirkan Tuhanku (hukum Tuhan dan keredhoanNya). Kadang-kadang aku lupa akan kehadiran Tuhanku. Aku mengimaniNya pada mulutku (ucap syahadah) bukan pada hatiku (kepercayaan yang sebenar), malahan aku langsung tidak endahkan KetentuanNya (taqdir Allah). Aku kufur tentang apa yang terjadi pada diriku. Nafsuku sering mengawal diriku dan memberontak menginginkan sesuatu. Tetapi, Tuhanku inginkan sebaliknya. Tuhanku tidak "melayan" nafsuku, jadi aku berasa MARAH dengan Tuhanku pada ketika itu. Aku berasa marah denganNya, kononNya Dia Tidak Adil, sedangkan Dialah Tuhan Yang Maha Adil. Sungguh, aku merasakan syahadahku telah terbatal pada waktu itu. :') Aku melihatmu wahai pokok, keteguhanmu menetap pada satu tempat mengikut perintah Tuhanmu. Terus berayun mengikut kemahuan Tuhanmu. Itulah sifat hamba sejati yang ada padamu. Aku mohon kepada Tuhanku supaya diberikan sifat itu kepadaku, supaya aku senantiasa Redho pada AturanNya dan mensyukuri nikmatNya.

Kemudian, hujan mulai turun menimpa bumi. Si Salik mencari tempat yang sesuai untuk dia berteduh lalu dia berteduh di bawah sebatang pokok besar.

"Wahai pokok, engkau rela membiarkan dirimu basah, sedangkan memberikan aku tempat teduh. Adakah ini sifat engkau ? Sungguh mirip sekali sifat engkau ini dengan sifat seorang sahabat. Sahabat adalah orang yang sentiasa melindungi kita biarpun mereka tercedera. :') Mereka bersama kita pada waktu senang dan susah. Sudikan engkau menjadi sahabatku ?

Oh pokok, sebahagian dari kami (manusia) kecewa dengan hujan ini. Mereka katakan ianya bala bencana (jika hujan turun dengan lebat, maka banjir berlaku, dan ini apa yang kita sering katakan). Namun, engkau tidak pula begitu. Engkau mensyukuri nikmat Tuhanmu walaupun hujan ini begitu lebat sekali hingga bisa menenggelamimu. Engkau tidak "lari" dari taqdir Ilahi. Engkau pula tidak mati (putus asa) dengan apa yang terjadi. Itu semua sifat seorang hamba. Namun, tak satu pun aku temui pada diriku, Siapakah aku ?"

Gugurlah engkau sepertimana yang diperintahkan

Dengan kuasa Allah swt, hujan mulai berhenti. Dan terlihat oleh Si Salik sehelai daun yang berguguran di hadapannya. Dia berkata : -

"Duhai pokok, engkau menggugurkan daunmu, atau sebahagian manusia berkata daun itu tergugur sendiri dari rantingmu, namun hakikatnya, Allah swt yang lakukan itu. Dia inginkan daun itu gugur jadi Dia perintahkan kepada engkau untuk "gugurkannya" atau mungkin Dia perintahkan daun itu untuk "gugur" dari engkau. Semua ini berlaku atas QudrohNya (Kuasa Allah) dan IrodahNya (Keinginan Allah)." Kedua-dua ini merupakan sifat bagi Allah swt.

"Aku melihat daun itu menyembah bumi (jatuh ke tanah), Itukah destinasinya ? Jika ya, maka aku pasti aku juga seperti daun kerana pengakhiranku adalah dalam bumi (mati-tanam di dalam tanah)". Sedang asyik Si Salik berbicara, dia terlihat daun itu berterbangan dek kerana angin meniupnya. Daun itu terbang pergi entah ke mana. Si Salik berkata : -

"Oh Ya Allah ! Itukah yang bakal terjadi padaku ? Di saat aku mati, Engkau akan meniupkan kembali diriku supaya bisa "hidup" semula ? Hidup untuk pergi kepadaMu. Sungguh, aku ingin berjumpa denganMu.

Wahai pokok, Tuhanku telah memulihkan aku semula (sudah mendapat kekuatan). Aku mahu sambung perjalananku. Banyak lagi perkara bakal ku temui. Aku mahu belajar dari Alam sepertimana aku belajar darimu. :') Aku berharap dapat berjumpa mu lagi suatu hari nanti, mungkin di syurga Ilahi. :')"

Si Salik bangun berdiri, dan terus melakukan sujud syukur. "Ya Allah, terima kasih atas apa yang Engkau tunjukkan kepadaku menerusi pokok-pokok ini".

Si Salik menyambung perjalanannya ~

Selesai ~

InsyaAllah, jika dikurniakan Ilham lagi, hamba akan tampilkan lagi kisah sebegini :') Mohon Ilham dari Allah swt supaya tidak terputus.

Apa yang kalian sudah dapat daripada pokok ?

Tuesday 7 January 2014

Mari Belajar dari Alam (Langit)

Alhamdulillah, setelah sekian detik aku memohon ilham, Allah telah menghadiahkan Ilham ini buatku, bagi tatapan semua pembaca. Terimalah puisiku yang tidak seberapa ini mengenai Langit ~

Mari Belajar Dari Langit

Oh Langit,
Kau dijadikan oleh Tuhanku tidak berpasak (tidak bertiang),
Namun, tiada manusia sibuk mencari hikmah darimu,
Tidak pula mereka berfikir tentangmu,
Kerana mereka sibuk dengan alam mereka yang tidak berjemu.

Oh Langit,
Sungguh setiap kali aku melihatmu,
Hatiku menjadi sayu,
Melihat Kebesaran Tuhanku,
Bertakhta di atas dirimu,
Namun, tidak semua berfikiran sepertiku,
Rugi sekali nasib mereka itu.

Oh Langit,
Tahukah kamu apa yang mereka fikirkan ?
Mereka terkenangkan cinta manusia mereka,
Sibukkan harta dunia mereka,
Takutkan kematian mereka,
Sehingga lupa kejadian engkau kepada mereka.

Andai engkau menghempapku, maka binasalah badanku


Oh Langit,
Andaikata Tuhanku tidak menjadikanmu, (Tuhan lain yang menjadikannya)
Nescaya jatuhlah engkau menghempap daku, (kerana ia tidak akan sempurna)
Binasalah badanku,
Bercerailah jasadku,
Namun itu semua satu andaian pada diriku,
Untuk memuji Keagungan Tuhanku.

Oh Langit,
Jika engkau berkata-kata denganku,
Alangkah gembiranya hatiku,
Kerana aku bisa bertutur denganmu,
Sebagai makhluk untukku melepaskan perasaanku,
Namun, kau dibisukan Tuhanku,
Kerana Dia mahu aku luahkan segala-galanya kepada Dia,
Itulah Tuhanku, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Oh Langit,
Engkau sungguh erat dengan sahabat engkau, Si Awan,
Alangkah eratnya engkau dengan dia sehinggakan engkau biarkan dia bertapak pada dirimu,
Tanpa engkau tiadalah si awan dapat mencurahkan air,
Menyuburkan tanah buat kami,
Tetapi, umat manusia lupa tentang jasa engkau,
Mereka lebih melihat dan menyanjung si Awan,
Adakah ini erti kawan ?

Oh Langit,
Akan tiba satu hari engkau akan menimpa kami,
Hari itu akan menggoncang kami,
Engkau jatuh bagai jatuhnya kaca ke atas lantai,
Tiada yang tinggal melainkan berderai,
Itulah Hari Yang Kami tunggukan,
Hari di saat kami (orang-orang soleh) tiada lagi untuk penyaksian,
Namun kami tetap membenarkan hari Keadilan.
Kerana inilah yang dinamakan Keimanan.

Adakah aku akan berjumpa dengan engkau lagi?

Oh Langit,
Tatkala matahari mulai berlabuh,
Aku bimbang tidak ketemui engkau lagi,
Namun ku lihat engkau disinari cahayanya yang sangat indah sekali,
Berseri tiada bererti,
Adakah aku akan bertemu dengan engkau nanti ?

Oh Langit,
Tatkala malam menjelma,
Tiadalah aku melihat melainkan gelap gulita,
Namun Tuhanku hadirkan bulan dan bintang menemanimu,
Sebagai sumber cahaya untukku melihatmu,
Sungguh indah dirimu,
Adakah engkau pernah dipuji oleh makhluk itu (manusia) ?

Langit diciptakan oleh Allah swt

Oh Langit,
Saat pagi mulai terbit,
Aku melihat mu lagi,
Tidak berganjak dari tempat mu walau seinci,
Sungguh taat engkau pada Tuhan Yang Maha Suci,
Aku terfikir sesekali,
Adakah aku ini taat seperti engkau wahai langit yang Tinggi (tinggi dalam ketaatan)?

Oh Langit,
Sifat seorang hamba terbentang luas pada dirimu,
Ku cuba belajar darimu,
Setiap hari aku melihatmu,
Supaya aku dapat melihat Tuhanku,
Namun, ianya mustahil buatku,
Kerana Tuhanku bukan padamu,
Dia tiada bertempat pada mana-mana pun.

Berapa luas kamu wahai langit ? Keampunan Tuhanku lebih luas darimu

Oh Langit,
Andaikata aku berdosa seluas dirimu,
Ketahuilah,
Pengampunan Tuhanku lebih luas dari dirimu.
Andaikata aku dapat lari darimu,
Ketahuilah,
aku tidak dapat lari daripada Tuhanku.

Oh Langit,
Jika ada yang menyembahmu sebagai Tuhan,
Katakanlah kepada mereka,
"Sesungguhnya, jika cahaya mentari tiada, binasalah aku",
Kerana tanpa cahaya, engkau tiada kelihatan,
Itulah kelemahanmu duhai langit yang membiru.

Kiblat Para Pendoa


Oh Langit,
Engkau kiblat para peminta doa,
Bukan kerana engkau Pemakbul Hajat,
Bukan juga kerana engkau menanggung Tuhan,
Tetapi kerana engkau adalah suatu kiblat bagi doa,
Doa yang bakal dikabulkan oleh Yang Maha Tinggi.
Peranan engkau tidak ubah seperti Kaabah,
Tempat kami berkongsi arah,
Bagi menyembah kepada Allah,
Namun, bukan bererti Dia di Kaabah,
Hanya semata-mata kerana ingin seragamkan Ummah,
Maka kami berpaling ke arah Kaabah.

Oh Langit,
Masih banyak yang perlu aku belajar darimu,
Akan ku terokai dirimu selalu,
Bagi mendapat ilmu Baru,
Doalah kepadaku.

Semoga Ketaatan kami semua lebih Tinggi dari engkau

Aku hanyalah hamba. Hamba yang tidak berhenti berfikir. Andai kata pemikiran aku ini bermanfaat buatmu, maka sebarkanlah. Andaikata ia tidak bermanfaat, maka aku berlindung daripada Tuhanku Yang Maha Suci
daripada segala keburukan. Sesungguhnya BANYAK lagi manfaat yang kita boleh dapat, namun fikiranku terbatas di sini sahaja. :')

Karya ini bukan dariku. Ia dari penelitian seorang hamba Allah swt. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Belajarlah dari (memerhati) sekeliling kita. Sesungguhnya, Alam adalah makhluk yang paling baik untuk kita menimba hikmah dan ilmu baru untuk manfaat kita bersama.

Sekian. Wallahu'alam.

Sunday 5 January 2014

Adakah kita golongan yang Bersyukur atau ... Kufur ?

Dengan Nama Allah swt ~ Keyboard aku ditaip ~

Allahu ~ Kadang-kadang aku merasa hairan dengan diriku, bahkan kawan-kawanku, bahkan seluruh manusia. Kita diberi segala kesempurnaan baik zohir atau batin, namun kita masih lupa pada Dia. Lupa untuk bersyukur kepada Dia. Tak faham ? Tak apa, aku terangkan.

Alhamdulillah adalah ucapan ringkas tanda Syukur kepada Allah swt

Allah swt beri kita segala-galanya. Dia sentiasa sayang kepada kita. Buktinya : -

1. Dia berikan mata untuk melihat KebesaranNya.
2. Dia berikan kita telinga intuk mendengar KalamNya.
3. Dia berikan kita mulut untuk berzikir MengingatiNya.
4. Dia berikan kita aqal untuk berfikir tentang KeagunganNya.
5. Dia berikan kita tangan untuk memegang AmanahNya.
6. Dia berikan kita kaki untuk pergi ke RumahNya.
7. Dia berikan segala-galanya untuk kita menyembahNya.

Kelebihan Bersyukur

Namun, kita masih INGKAR terhadap perintahNya bahkan MELANGGAR laranganNya. Persoalannya, Kenapa ? Mengapa ? Mengapa kita terlupa tentang apa yang Dia berikan ? Adakah kita terlalu alpa dan asyik dengan keseronokan yang sementara ini ? :') Aku tiada jawapannya. Hanya engkau yang mampu menjawabnya, Gunakan aqal mu duhai rakan ! :)

Allah swt telah mengetahui tentang keberadaan orang-orang yang bersyukur yang bilangannya sangat sedikit sekali. Allah swt berfirman : -

"Katakanlah, 'Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur'" (Surah Al Mulk : Ayat 23)

Kita ni tak pernah rasa cukup dengan apa yang Allah beri. Sebab tu kita sentiasa MISKIN. Miskin Ilmu, Miskin Harta, Miskin Anak, Miskin segala-galanya. Kenapa ? Kerana tidak bersyukur.

Allah swt berfirman :
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Surah Ibrahim : Ayat 7)

Itu pointnya. Bersyukur. Tanda syukur bagaimana ? Jika mempunyai wang yang lebih, maka sedekahkanlah orang yang memerlukan. Jika kamu mempunyai ilmu, maka sedekahkanlah (kongsilah) kepada orang lain. Bahkan sekecil-kecil sedekah adalah senyuman kamu. :') Dan sekurang-kurangnya, jika engkau mendapat sesuatu nikmat, maka ucaplah ALHAMDULILLAH. :')

Sebenarnya, aku ada satu cerita pendek di sebalik kisah Syukur ini. Hari tu, aku ada "mengadu" dekat kawan aku, yang aku semakin kurang IDEA dan ILHAM, tatkala aku ingin membuat POST di BLOG aku. Aku rasa ini semua ujian kepadaku. Mungkin Allah swt mahu aku sentiasa ingat padaNya. Tanpa Dia, aku tidak memperolehi ILHAM dan IDEA. Jadi, setelah aku mengadu hal tersebut, kawan aku dengan muda menjawab "Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang tidak bersyukur? Tepuk dada tanya Iman. Soal diri tanya nafsu.". lepas daripada ayat tu, hatiku terus tersentak, mulutku terkelu, tidak dapat mengucap apa-apa, jariku terkedu, tidak bisa menaip walau sepotong ayat. Aku kembali istighfar. Allah swt memberikan aku sedikit Ilham pada posting aku yang lalu, tetapi aku "LUPA" untuk bersyukur kepadaNya. Hamba apakah aku ini ? Inilah aku, hamba yang selalu melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi, tiada berhenti mencari KeAmpunan. Akulah Hamba Allah yang HINA. :') Bermulanya detik itu, aku mendapat ILHAM untuk buat Posting tajuk nih. Thanks to my Frenz deh :) Banyak membantu ~ Alhamdulillah . .Aku juga mula sedar akan keberadaan aku. Anda bagaimana ? Adakah anda terdiri daripada golongan yang berSyukur atau Kufur ? Syukurlah sesuatu nikmat itu walaupun sedikit, kerana ia pemberian dan rahmat daripada Allah swt. Tambah-tambah bagi orang yang sempurna pancaindera anggota badan. Kenapa kita tidak mahu sujud kepada Allah swt yang memberi kita segala kesempurnaan ini ? Mungkin kita anggap kesempurnaan adalah apa yang mencukupi pada ZOHIR. Kita lupa kesempurnaan BATIN kita, atau lebih TEPAT kita sebut Kesempurnaan Kerohaniaan. Roh itu yang menggerakkan jasadm dengan izin Allah swt. :) Tiada Roh, maka Tiadalah pergerakan pada Jasad, Sempurnanya Roh, maka cantiklah Jasad.

Fahami Pesanan ini

Akhir sekali, Allah swt berfirman : -

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur (pensenyawaan) yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.(2). Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus ; ada yang bersyukur dan ada yang kufur. (3)" (Surah Al Insaan : Ayat 2-3)

Apa yang engkau kufurkan lagi ? Apa yang engkau tunggu lagi daripada berubah ? Tidakkah engkau berasa "gentar" dengan kalam Tuhanmu yang bermaksud : -

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?" (Surah Ar Rahman : Ayat 13 dll)

Mendustakan nikmat Tuhan, bukankah itu sifat orang yang Kufur ? Kufur terhadap Nikmat Allah swt.

Semoga kita dijauhkan dari perkara tersebut. Jika kalian perhatikan dari mula hingga akhir penulisan ini, semua persoalan yang bermain di minda, semuanya telah dijawab oleh Allah swt di dalam Al Quran. Yang penting cara kita OLAH dan FAHAM apa yang dimaksudkan oleh Ayat Quran itu. Fahami Al Quran, maka engkau akan Faham hakikat kehidupan engkau sebagai seorang hamba.

Aku menasihati bukan tanda aku BAIK, tetapi tanda aku mahu jadi baik bersamamu. Aku hanya hamba. Andai tersilap kata, terkasar bahasa, ku pohon maaf dari mu, dan KeAmpunan dari Tuhanku. Wallahu'alam.

Alhamdulillah ~

Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Allah kerana aku bisa menyempurnakan Posting ku ini.

Yang Hina,
Si Hamba yang tidak terlepas dari dosa.

Saturday 4 January 2014

Pengembaraan dan Percutian berTafakkur Bahagian 3

Dengan Nama Allah swt ~

Alhamdulillah ~ semasa di Perak hari tuh, kami sempat "menziarah" haiwan-haiwan di Zoo Taiping, Perak. Ini kali kedua aku pergi ke sana. Dulu dah pernah pergi tapi tak sempat nak hayati. Hahaha. Dulu itu zaman muda, sekarang ini zaman Remaja. :) hehe ~ Jadi, persoalan sebenar kita ialah, "Apa hikmahnya di Zoo Taiping ?" :D Haaaaaaa... Banyak Ooo hikmahnya. Sekarang saya akan utarakan sebanyak yang mungkin (^_^)

Aku tak nampak pun hat ni Y_Y Bila masa wujud ?

Bermulanya kami di Zoo Taiping, perlula beli tiket dulu ~_~ Kalau tak beli tiket sampai bila pon tak boleh masuk. Hahaha.. Setelah itu, dengan izin Allah swt, kami memasuki Zoo. :) Kami tak naik kereta api tuh, sebab kami rasa tak dapat FEEL laa kalau naik kereta api tu. Mana best pong. >.<

Tiket <3 hewhew

Mehhh, kami ada kaki. Kami jalan ja laa :P

Kemudian, daku melihat kelibat burung di awangan. SubhanAllah, banyaknya tidak terkira. Cantiknya tidak terucap. Apa yang aku dapat daripada burung-bunrung tersebut ? Sungguh, aku belajar banyak benda daripada burung tersebut. Bayangkan kawan-kawan, si burung yang tidak memiliki apa-apa persediaan, keluar mencari rezeki di hadapan. Dia makhluk Allah swt, mungkin kita klasifikasikan dia sebagai TIDAK BERAQAL tapi, sifat Tawakkal dan percaya kepada Tuhannya, MENGALAHKAN sifat tawakkal kita. Ia percaya Tuhannya akan memberi rezeki padanya. Lalu, ia membuka sayapnya dan terbang mencari rezeki tersebut. Apa boleh kita duduk sahaja dan menunggu rezeki itu datang ? Ya. Memang boleh, tetapi ianya lambat dan bergantung pada Irodah (Kehendak) Allah swt. Kita, manusia biasa, hamba pula tu, tetapi sering kita lupakan Tuhan kita. Kadang-kadang kita berusaha sampai lupa tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kita lupa tawakkal. Kita ingat jika kita berusaha, kita PASTI akan dapat, tetapi, kita lupa, yang membuat keputusan adalah Allah swt, Tuhan kita. :) Lalu dengan cara bagaimana kita ingin mendapat keputusan (pengakhiran) yang baik ? Dekat dengan Dia sepertimana Si Burung dekat dengan Allah swt. Bagaimana burung dekat dengan Allah swt ? Ia senantiasa berzikir, mengingati Allah swt. Dek kerana itu, ia keluar dari sarangnya (usaha) untuk mencari rezeki untuk dirinya dan keluarganya, hanya bekalan tawakkal. Adakah kita lebih hebat dari burung kecil itu ? :) Rasanya kita masih belum setanding dengannya.

Kenapa kita tiada sifat tawakkal seperti burung ?

Kemudian, kami teruskan perjalanan kami dan lihat si monyet pula. Haha. Tak pasti sama ada monyet atau orang hutan atau "babun" atau kera atau apa sahaja ~_~ Aku lihat sama sahaja. Haha. Mungkin kerana kecetekan ilmuku. Melihat binatang itu, aku terfikir, adakah mereka selalu begini ? Mereka sentiasa berada dalam kumpulan, seperti satu kelompok keluarga. Bagaikan satu tali ikatan. Mereka makan bersama. SubhanAllah, sesungguhnya dengan cara ini, ia dapat membina satu ukhwah yang KUAT. Tetapi, kenapa manusia begitu jahil sehingga mahu memutuskan ukhwah ? Adakah kerana mereka diberi AQAL atau kerana mereka TIDAK MENGGUNAKAN AQAL dengan sempurna ? :) Mungkin si monyet lebih beraqal daripada manusia :'). Di situ juga, kami lihat ada orang beri makan kepada para monyet, kera, orang hutan dan sebagainya itu. Haha. Si Anas (my fren) nak juga cuba, baling-baling, ehmmm, tak dak rezeki monyet tu rasanya. Hahaha. Abid cuba juga kot. Tak pasti. Tapi memang rezeki monyet tu la, dapat gak makan. Haha. Yang paling kelakar sekali bila Abid kata "Woi, ada monyet (atau sewaktu dengannya) terlepas, sat aku nak tangkap." Kami terpinga-pinga. "Haa, dapat dah", tangan Abid memegang Anas. hahaha. Kurang asam punya kawan. Anas apa lagi @!#!@#!@ laa kat Abid tuh. Hahaa. Jangan marah Anas naih, satgi hilang berat badan. >.< Banyak kali Abid sakat Anas, dia selalu kata ada bintang terlepas dan seterusnya dia pegang Anas dan berkata "Dapat dah" haha. Biasalah. Bila lagi nak meramah dan melawak dengan kengkawan, iye tak ? Ini antara senarai haiwan yang kami lihat dan ada juga yang Anas jadi "mangsa" dan bahan lawak. Kesian Anas. Melawak ja noh ? :)

Kenyang makan ?

Dok ngendap buah ler tuu

Adakah ukhwah mereka lebih hebat dari kita ?

Ini namanya beruang

Kongsi-kongsi la makanan tu ye ?
Bagi peminat RunningMan, ketahuilah, ini BUKAN Kwang Soo
Ini Kuda Belang

Ini Unta. Import punya.

Kami juga ada melawat Sang Buaya, namun ia sangat mengecewakan. Ia langsung tak bergerak. Bila disuruh bergerak, ia tak buat apa-apa. Sehinggakan Si Abid berkata "Woi !! Bergerak arr, aku bayar mahal-mahal nak tengok hang. Hang tak mau bergerak pulak. Bergerak arr.". Seriously, Abid bengang ja masa tuh. Apa boleh buat ? Itulah buaya. Mungkin kita lihat buaya ni mempuyai sifat yang Malas. Mehhh, sama macam manusia. Bahkan manusia lebih MALAS. Lalu, kenapa kita hairan lihat binatang itu semua sedangkan sifat binatang tu sendiri ada pada kita ? :) Sepatutnya kita PELIK dengan diri kita, bukan binatang tu. (Seriously, aq sendiri TERASA dan BERASA dengan statement nih). Namun, kami tetap bersyukur kerana buaya tu tak "mengamuk". Hahaha. Tapi, ada satu istilah Melayu yang berbunyi "Buaya Darat". Sampai sekarang aku tidak tahu kenapa "Buaya" disamakan dengan "Player" a.k.a PlayBoy. Ehmm, perlukan research lagi nih. Tak mengapa. Nanti kita tanya buaya sama-sama OK ? :)

Woi ! Bangun woi ! Bergerak la !!!

Setelah itu, kami teruskan berjalan, dengan qudrat yang masih ada. Kami pergi tengok bintang yang sangat popular pada setiap era zaman Melayu. Err, kecuali zaman dahulu kala laa, iaitu binatang yang diberi nama, Khinzir atau Babi atau Nangoi. Tak silap saya, ada jenis JOKUT kot. Yang tu, berjanggut .. err, tak pasti. Haha. Tetapi, bintang tu antara binatang yang PALING AKTIF dekat Zoo Taiping, bahkan memenangi PINGAT BINATANG PALING AKTIF 2013 di Zoo Taiping. Hebat tak hebat si bintang nih. Mana tidaknya, setiap kali kami pergi "ziarah" binatang tu, ia akan buat "CATWALK" atau mungkin kita lebih prefer kepada "PIG_WALK", dengan ekornya yang bergerak-gerak ke sana ke sini, kiri kanan. SubhanAllah, aktif sungguh !. Walaubagaimanapun, kita kena ingat, walaupun nama binatang ni kita selalu guna untuk mencarut, memaki, mengutuk dan sebagainya, kejadiannya juga ada hikmahnya. Mungkin saya tak dapat mencari sebanyak yang mungkin kebaikan babi dari segi sainstifik tetapi, ia digunakan dalam beberapa ubatan, namun jika dinilai dari segi agama, Allah swt telah mengharamkan khinzir ini daripada kita makan, atau sebagainya hanya kerana ingin menguji keimanan kita, sama ada kita mahu melanggar perintahNya atau menuruti arahanNya. Ini terpulang kepada kita, yang mempunyai aqal yang sihat.

Kami juga ada menziarahi Pak Belang, namun, kami hanya lihat ia "MENGUAP" sahaja, Haha. Mungkin ia agak keletihan pada malam hari kot. Hihihi. Pada si harimau, kita dapat lihat sifat gagah dan beraninya. :) Itulah sifat yang perlu ada pada diri setiap muslim. Namun, adakah kita segagah harimau ? Segarang harimau dalam mempertahankan syariat ? Rasanya, mungkin yang ada tetapi banyak yang tiada. Ayuh ! Kita jadi Harimau Islam, bukan Harimau Malaya yang kian tumbang, Hahaha. Harimau masih tidur agaknya (masuk bola pulak).

Alololo.. comeynya >.<

Kemudian kami melihat kecerdikan si burung Kakak Tua. SubhanAllah, petahnya ia berkata-kata "Hello". haha. Kami tak daoat ziarah si ular, Azzam beriya-iya nak lihat ular, tapi tak berjaya, yang berjaya hanya lihat orang pegang ular. Satgi (Sekejap lagi) saya cerita. Kami ada juga terjumpa dengan binatang yang bernama Walabi. Guru Pengiring kami, iaitu Sir Afif bermadah pujangga : "Kecik-kecik Walabi. Mai besar Wahabi, bila pedas, jadi Wasabi." (atau seperti mana yang diucapkan). Hahaha. Kami gelak ja dengar ayat Sir tu. Sungguh mendalam. Apa-apapun, aku tak dapat nak lihat Walabi tuh. Huhuhu. "Bilis" Merah (aku taktaw nama sebenar, pakai tulis apa yang aku dengar) pun tak dapat jumpa. Kami gelarnya dengan Iblis Merah. Haha. Namun, banyak ilmu yang aku dapat. Ada juga tertengok si kucing hutan. Pergerakannya sering berulang. Pergi ke sana, ke sini, tiada henti. Itu semua kehendak Allah swt. :) Begitu juga dengan manusia. Kadang-kadang manusia ni selalu buat sesuatu benda yang sama. Contohnya macam maksiat. Manusia sering melakukan maksiat, berulang kali. Namun caranya yang berbeza. Kadang-kadang dia buat maksiat dengan mulut (mengumpat), kadang-kadang dengan tangan, tetapi hakikatnya tetap maksiat. Mengapa tiada berhenti ? :) Tunggukan amaran dari Allah atau tunggu pintu taubat TERTUTUP ? Fikir-fikirkan lah ~

Hello ??

Mehhh, tak larat ulang-alik dah

Ahhh ~ Setelah letih berjalan, ambil gambar tengah "hutan", kami pun menuju ke jalan keluar. Kat situ kami ada nampak kawan-kawan perempuan sekelas a.k.a budak putri. Amboyyyhh, sakan tangkap gambar dengan ular. Tabikk kepada orangorang yang berani pegang kepala ular, dan bahagian lain ular tuh. Hahaha. Mungkin mereka ada baca doa apa-apa nak bagi ular tu "TUNDUK" dengan mereka. hihihi. Apa-apa pun, kesian dekat Azzam. Dia nak tengok ular, Bila dah tengok, tak sempat nak pegang pula. Ehmm, tak pa, nanti klu ada REUNION, kita pergi zoo lagi. Hehe ~

Gambar budak putri pegang tak dak. So, balun gambar ni la. Hahaha

Akhir sekali, kami bergambar bersama ~ actually ada banyak lagi gambar, tapi, aku sempat nampak yang ini sahaja. Mungkin yang ini sahaja yang diupload. :)

Ceyyy, muka "COM" jaa. Means, muka masam jaa. >.<

Perasan tak ? Semua senyum ~ Aku pon senyum dan nak tergelak. Maybe sebab tukang ambik gambar tu dok kira 1,2 *flash Y_Y Hahaha (^_^)
Jadi, akhir sekali, hamba, memohon maaf kepada semua orang yang mungkin terasa dengan penulisan ini. Tapi, kita selesai kat luar la noh ? Hehe ~ Terima Kasih kepada yang sudi membaca. :D

Jadilah harimau dalam keberaniannya,
Jadilah badak sumbu dalam keteguhannya,
Jadilah ular dalam kelincahannya,
Jadilah zirafah dalam ketinggiannya,
Jadilah burung dalam tawakkalnya,
Jadilah manusia dalam kesempunaan tugasnya,
Jangan jadi seperti haiwan dalam kekurangannya.

Paham-paham sendiri la ye ? :)

Wallahu'alam

Selesai bahagian 3.
KakiBlog