Friday 28 December 2012

Cinta kami kepada-mu Duhai Rasul Yang Mulia, tidak setaraf Cinta-mu kepada kami :')

Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAAW.
Bismillahirrohamanirrohim ~

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.

InsyaAllah, post kali ini ana cerita sedikit tentang Nabi Muhammad SAAW.

Saya tahu, majoriti di antara kita sudah kenal Nabi Muhammad SAAW, bahkan ada yang mampu menghuraikan dan menceritakan perihal Kekasih kita ini. Jadi, saya nak sentuh sedikit saja sebab blog ini saya nak buat menjadi satu blog yg Luar Biasa.

Semua orang Islam wajib mencintai baginda Nabi SAAW, bahkan dalam syahadah kita menyaksikan kerasulan baginda,

Tetapi sayang ~

Ramai yang hanya menyebut syahadah di bibir sahaja, tetapi BUKAN di hati. Ramai yang menyebut qasidah (puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAAW), tetapi TIDAK di hati.  Ia adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Saya berkata sedemikian kerana saya sendiri dalam kalangan tersebut. :') Amat sedih kerana setiap detik hidup saya, tidak mampu SENTIASA mengingati Rasulullah SAAW. Betapa hinanya diri saya. Akan tetapi, saya mengatakan sedemikian juga, kerana saya ingin berubah :')

Rasulullah SAAW sentiasa mengingati kita :') hatta, sampai baginda WAFAT. SubhanAllah !!! Hebat sungguh Rasulullah SAAW. :')

Kita ? Adakah kita mengingati Rasulullah SAAW sepertimana baginda SAAW mengingati kita ?

Katakan kepadaku wahai ummat Muhammad !!! Siapakah diantara kamu yang mengingati Rasulullah SAAW sepertimana baginda SAAW mengingatimu ?

Khabarkan kepadaku :')

Saat menjelang kewafatan baginda SAAW, baginda bersabda : -

"Ummati, Ummati, Ummati"

yang membawa maksud ~

"Ummatku, Ummatku, Ummatku"

SubhanAllah !!! Wahai teman-temanku, adakah kita cukup CINTA untuk mengucapkan sedemikian ?

Adakah kita cukup RINDU sehingga mengingati Rasulullah SAAW di saat kematian kita nanti ?

Sungguh, aku tidak mampu melakukan seperti baginda SAAW :')

Beliau mengingati kita, tetapi kita memberi hampa kepada baginda SAAW dengan melakukan maksiat. Dengan melakukan kemungkaran. Dengan melakukan perkara-perkara yang ditegah. :')

Wahai rakan taulan ~

Adakah berdosa jika kita ingin menyambut kelahiran baginda SAAW ???

Adakah berdosa jikalau kita hendak menyambut kelahiran Kekasih Allah SWT ???

Adakah berdosa jika kita menyambut kelahiran Orang yang Paling Dicintai oleh Penduduk Bumi dan Langit ???

Adakah berdosa semua itu ???

Bahkan adakah jatuh BID'AH DHOLALAH jika menyambut kelahiran baginda SAAW ???

Sungguh dustalah kaum yg berkata : -

"Berdosa menyambut kelahiran (maulid) Nabi SAAW kerana ia BID'AH DHOLALAH"

Merekalah pendusta akhir zaman. Wal'iyazubillah.

Kita tidak mampu mengingati baginda SETIAP SAAT, TETAPI kita tidak boleh BERHENTI mengingati baginda SAAW.

Wallahu'alam, Wallahu Musta'an ~

Semoga kita diberi taufiq dan hidayah ~ Aamiinnn ~

InsyaAllah, post yang akan datang, saya akan kemukakan dalil mengenai "MaulidurRasul"

Monday 10 December 2012

Surah Al Fatihah, Pembuka Bicara



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (1)
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين (2)
"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (3)
"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين (4)
"Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari Akhirat)"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5)
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ (6)
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ (7)
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Sebelum kita memulakan aktiviti "blogging" kita, saya rasa, adalah lebih baik kita memulakan dan merasmikan dengan Surah Al Fatihah dahulu. Maksud saya, perasmian sebelum mengePOST ilmu-ilmu lain. Jadi, mungkin ramai di antara kita yang sudah tahu fadhilat atau kelebihan Surah Al Fatihah. Terutamanya kepentingan surah tersebut bagi MENGESOHKAN solat. Rasulullah SAAW bersabda : -

"Tidak Soh solat bagi yang tidak membaca Al Fatihah" 

(Hadith Riwayat As Sohihain ; Al Bukhari dan Muslim)

 
Selain itu, tahukah anda bahawasanya semasa kita membaca Surah Al Fatihah, kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan Sang Pencipta, yakni Allah SWT. Saya nak kongsikan satu hadith yang menarik perhatian saya untuk baca satu blog itu. 

Rasulullah S.A.W. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKu dan hambaKu kepada separuh, dan bagi hambaKu apa yang dipintanya...".

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah mengingatiKu


Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah memujiKu.


Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah mengagungkan Ku.


Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah memuliakanKu.


Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Khalik (Allah SWT) : Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta.


Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Khalik (Allah SWT) : Ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta.


(Hadis riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)


info dari majalah SOLUSI


InsyaAllah, Post yang seterusnya, saya akan ceritakan kelebihan Nabi Muhammad SAAW. :')


Sunday 9 December 2012

Assalamualaikum.. Muqaddimah :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, akhirnya siap juga blog ini. hehe ~ InsyaAllah dalam blog ini, kita semua akan mendapat manfaat serba sedikit dan mungkin boleh disebarkan kepada orang lain. Dalam blog ini, saya akan menceritakan hal-hal dalam agama khusunya, dan tidak lupa juga kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman kita semua. Tujuan utama blog ini adalah untuk kita sama-sama mencari Redho, Cinta dan Taubat Ilahi. Kita akan sama-sama mengenal Nabi Mulia, Sayyidina Muhammad SAAW, dan Ahlul Baiyt baginda SAAW serta tidak lupa juga Sahabat baginda RA HUM. Saya akan menceritakan kisah-kisah menarik yang sering dilupakan atau langsung tidak diceritakan pada masyarakat umum. Cerita-cerita yang jarang kita dengar akan tetapi sememangnya ADA !!!

Semua fakta atau cerita di dalam blog ini diambil daripada riwayat yang SOHIH dan insyaAllah, jikalau ada kesempatan saya akan tulis sekali nama penulis cerita-cerita menarik ini. Sebelum itu, bagi orang yang ingin mengenal Ahlul Baiyt yang sebenar tetapi takut terjebak dengan ajaran Syiah Imamiyyah, usah khuatir, dalam blog ini, anda mendapat jaminan daripada saya. Saya mengambil cerita-cerita tentang mereka dalam Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri.

Dalam blog ini juga, saya akan membuat perbandingan antara DUNIAWI dan UKHROWI (akhirat). Kita sama-sama melihat kepentingan kedua-duanya. Dan yang paling penting, kita sama-sama lihat kepentingan mengaji Agama dalam mengaji Akedemik. Kita akan lihat dalil-dalil daripada Al Quran yang diturunkan 1000 tahun lebih yang lalu, yang sememangnya TEPAT dengan fakta SAINS terkini bahkan baru jumpa pada hari ini. SubhanAllah !!! Aneh bukan ?? tetapi inilah kenyataan.. InsyaAllah, berkat doa rakan-rakan, blog ini akan menjadi salah satu blog yang menjadi rujukan semua pihak terutamanya yang mempunyai masalah terkini. Blog ini juga insyaAllah akan menjadi blog "PENCARI KEBENARAN". Kita akan mengungkap segala kebenaran di dalam Agama Suci Islam. Aamiinnn :D
KakiBlog