Thursday 2 January 2014

Pengembaraan dan Percutian berTafakkur Bahagian 2

Actually, sebelum kami berangkat ke Perak, kami melawat Pulau Pinang dulu. Hehe ~ So, my 1st cita is "langkau" from da START. Hehe ~ Sorry-2..

Bukit Bendera (>.<)
Tatkala kami tiba di Pulau Pinang, kami pergi ke Bukit Bendera, or in English we call "Penang Hill". Jangan tanya aku kenapa dinamakan sedemikian, sebab aku pon tak taw. Di sana, kami daftar masuk dan naik "tren" a.k.a kereta api ~_~ . Tapi, tren tu laju sangat, tak sempat nak hayati keindahan Alam. Yang sempat hanya berkata, "SubhanAllah, alangkah hebat dan agungnya ciptaan Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta". :') Lepas tu, kami berjalan kaki dan lihat sekeliling, kuil hindu ada, masjid ada, DINOSAUR PARK pon ada, tapi kami tak masuk, almaklumlah, BAJET tak cukup. hahaha :D



Kereta Api Bukit Bendera 
Kemudian, kami pon bertolak balik. Mehh, kat situ tak sempat dan tak dak apa nak difikirkan sangat, maybe ada masalah dengan otak waktu tuh, Ilham tak datang lagi, hehe. Tapi, yang pasti, Maha Suci Allah swt telah mengaturkan suhu di situ. Kadangkala terasa sejuk, kemudian panas semula, kemudian biasa-biasa saja. SubhanAllah, Allah tidak pernah "letih" untuk mengaturkan semua benda. Tetapi kita pula ? Sentiasa berasa LETIH untuk beribadat kepada Allah swt. Ini pesanan buat diri hamba juga :')

Kemudian, kami pergi ke Padang Kota. 'Pekena' (menjamu selera) pasembor Padang Kota Abdul Ghani kot, perghh, harganya SubhanAllah !!! Cukup-cukup 3 orang makan, Me, Abid dan Luqman. Sebelum tu, kami ada singgah di pantai. Di situ, Farouk "terjun" dalam laut dengan lagak beraninya, haha (^_^) Panglima. Tatkala aku melihat pantai, aku cuba untuk melihat sejauh mana mataku bisa memandang. Sungguh, ianya terbatas. Kemudian, terfikir sejenak, alangkah Hebatnya Allah swt yang Maha Melihat sehingga tiada sesuatu pun dapat membatasi atau bersembunyi di sebalik penglihatanNya. Allah swt melihat bukan sepertimana kita melihat. Kita melihat dengan mata, tanpa mata kita tidak dapat melihat, begitu lemahnya kita, manakala Allah swt melihat BUKAN dengan mata, kerana Dia tidak BERHAJAT (tidak memerlukan) MATA untuk melihat. Dia melihat dengan keadaanNya yang melihat sejak azali. Hal ini diterangkan dalam pengajian sifat 20, ilmu tauhid. Tak mengapa. Nanti saya akan postkan tentang sifat 20 insyaAllah.

Yummy ! Sedap pasembor ni, Harga pon sedap gak (Y)

Di pantai juga, Aku melihat gelagat ombak. Sungguh aku berasa hairan, apalah yang membuatnya begitu tekun melakukan kerjanya. Ia terus membedal dan melanggar batu-batu di sekeliling pantai. Sedangkan jikalau aku disuruh sedemikian, pasti badanku akan binasa. Kemudian aku tersentak daripada lamunanku. Sungguh, ombak itu lebih "BERIMAN" dan "TAAT" daripadaku. Ia membuat setiap pekerjaan yang disuruh oleh Majikannya (Allah swt) dengan sungguh tekun dan taat tanpa merasa TERBEBAN. Manakala aku, masih di dalam alamku, yang langsung tidak berasa "PENTING" suruhan Tuhanku bahkan membantah arahanNya (means : tidak melakukan perintah Allah swt dan tidak meninggalkan laranganNya dengan sempurna). Siapakah aku sebenarnya? 

Farouk terjun kat sini lah

Pukulan Ombak :')

Setelah itu, kami berangkat ke Queensbay. Di situ, banyak perancangan yang dibuat antaranya nak tengok wayang, main bowling, dan sebagainya, tetapi ~ Kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan. :D Kami (kaum adam)  berpisah 2 kumpulan. 1 kumpulan tengok wayang, 1 kumpulan (me, abid dan luqman) dok jalan-jalan tak dak punca kat Queensbay. Aku, Abid dan Luqman pergilah membawa diri daripada kumpulan yang satu lagi tuh, almaklumlah, ada dikalangan kami yang tak tengok wayang. ~_~. Kami masuk banyak kedai, antaranya, kedai jual Telefon Pintar. Abid tu apa lagi, TRY TEST CUBA semua !!! haha (^_^). Luqman dok cuba "BEAT" jaa.. 

Queens_Bay

Dalam masa kami dok cuba semua benda di kedai tuh, tetibe, kami ternampak cita TURBO kat kedai sebelah, menerusi TV SAMSUNG 3D, RM15K lebih, kami apa lagi, jeritt (dalam hati ~_~) "Woi !!! Mai tengok Turbo !!!" sambil gaya tangan dibuat. Haha (^_^) hat ni budak putra ja paham. :D Semasa kami menonton tv FREE tu, terdetik di hati, "Adakah ini nasib si miskin dan fuqoro;?? Melihat apa yang dimiliki oleh si Ghina (Orang kaya)." Sungguh, kemiskinan itu tiadalah maknanya, sekiranya kita bergembira dengan apa yang kita ada. :) teringat satu kata-kata "Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang dia miliki, manakala orang yang miskin ialah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dia miliki." Apa-apa pon, semasa TURBO dok bt kepala dia tu, err, korang tengok sendiri la, kami semua pakat dok tiru LENGGOK kepala TURBO tu, "Pi (pergi) depan, Pi depan ". Haha, sampailah dia berjaya ke garisan penamat. Hahaha , walaupun tak tengok wayang, tapi tengok dekat tv tu dah rasa macam tengok wayang dah. :P

Laju ! Laju ! Laju ! *gaya kepala

Beralih kepada kumpulan yang lagi satu tu, yang kononnya nak tengok wayang dan main bowling tu, depa (mereka) sebenarnya CANCEL habis semua rancangan depa dan dok di sekeliling BULATAN (susah nak terang). Hahaha (^_^) Dengan muka sedih dan hampa, mereka tak buat apa-apa. Rugi tak ikut kami. :) Lepas tu macam biasalah, perut pun sudah lapar, kami pun berkumpul dan bersepakat nak cari makan. Abid cadangkan satu kedai nih, kononnya, kedai ni BOLEH MAKAN FREE (boleh cuba-cuba makan, makanan ringan ja, macam asam). Dia pun tunjukla nama kedai tu dekat kami, aduss, hamba tak ingat pula nama kedai tuh, tapi kedai Cina. kami pun ikut cakap dia dan guna lif tangga tanpa CURIGA, sekali kami tengok kedai tu, SubhanAllah !!! Papan "NON HALAL" terpampang !!! Rupa-rupanya bukan kedai tu yang Abid maksudkan, tapi kedai lain yang dia sendiri tak taw nama. Hahaha. Abid-abid (geleng kepala),  dialah pengerusi lawatan kami yang sangat berhemah. Kami pakat gelak habis (gelak bersama-sama). Hahaha, lepas tu kami jalan mencari kedai yang abid sendiri tak tahu namanya. 

Setelah beberapa minit, Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Sungguh, ilmu manusia itu sentiasa terbatas, tidak seperti ilmu Allah swt yang sangat LUAS. :').. Kami pun masuk ke dalam kedai itu. Macam biasa, ketua mesti TRY dulu, dia TRY habis semua makanan kat situ. Yang anak buah (kami) tunggu apa lagi, makan juga macam mana si ketua makan. Haha. Aku tak dapat makan banyak, sebab entahlah. Maybe tak seberani dan selapa kawan-kawan aku kot. Abid ada pesan "Kat sini makan ja, JANGAN beli" . Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ni (kawan kami), dia beli jeruk. Harga jeruh tu RM34.50, dia ingatkan RM8.99 ja, sebab dia tanya kawan dia , dan kawan dia kata harga murah berdasarkan tanda harga yang menyatakan "RM8.99 seratus gram". Tapi, yang dibungkuskan BUKAN 100 gram, entah berapa ratus gram, kami tak taw. (Sedikit pesanan : terdapat jeruk yang sudah dibungkus, tetapi tak diberitahu kuantiti gramnya, maka si kawan kami itu ambillah yang itu kerana beranggapan bungkusan itu 100 gram a.k.a RM8.99). Jadi, si hamba Allah ini, "bergelinang air mata" (maksud tersirat nih) memerhatikan harga pada jeruk tersebut. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, apakan daya ? Nasib badan laa jawabnya. Hahaha.. Maka, Abid as a Leader cadangkan kami supaya keluarkan beberapa RM, untuk diberikan kepada kawan kami tu, yang terlanjur membeli benda MAHAL. Sungguh, Aku belajar banyak erti persahabatan dalam kes ini. :') Kami makan jeruk tu bersama-sama. Hahaha , jeruk mahal Mestilah sedap. Apa-apa pun, erti persahabatan bukan pada HARGA. ianya tidak ternilai. Seandainya engkau diberi pilihan samada kawan ataupun wang ataupun pacaran (kekasih, couple, teman wanita dsb), maka pilihlah kawan yang hampir kepada Sahabat. :')


Berhati-hati semasa membeli barang. (^_^)

Setelah itu, kami keluar dari Queensbay dengan perut yang "kenyang" dengan makanan FREE. Hehe ~ Kak yang jaga kedai tu, tengok kami dengan "mata putih" ja. Almaklumlah, kami try habis semua makanan ringan dia tanpa mengeluarkan sedikit pon wang. Sesungguhnya, Allah swt itu Maha Memberi Rezeki. Dia sudah mengaturkan dimana rezeki kita, tak kira dimana kita berada. :') Usahalah untuk cari rezeki itu dengan cara yang HALAL.

Maka, tatkala kami melangkah keluar dari Queensbay, terciptalah sejarah Pahit-Manis-Masam-Masin di situ, terutamanya sejarah "JERUK MAHAL". Tapi seriously, budak putri beli apa laa banyak sangat ~_~ Kami ni setakat belek-belek (lihat) harga ja. Tu pon semua harga yang kami tengok semua 2,3,4,5,6,7,8,9 ...... infinity ANGKA Y_Y. Almaklumlah, Queensbay = Queens_Bay. Hahaha XD RATU-RATU jaa boleh beli benda-benda tu, dan maybe budak PUTRI nih MEMANG anak RATU, sebab tu depa pon boleh beli juga. Hihihi. Jeles sikit ja.

Kesimpulan daripada kisah ini ialah, aku belajar erti persahabatan, tolong-menolong, semangat kepimpinan, berhati-hati semasa membuat sesuatu keputusan, bersyukur dengan apa yang ada, dan sentiasa melihat semua benda dengan hikmah.

Erti persahabatan yang digambarkan melalui gambar. Haha (^_^)


"Orang Hikmah, sentiasa melihat hikmah sesuatu kejadian atau ciptaan supaya dirinya merasa dekat dengan TuhanNya." :')

Wallahu'alam.

Selesai bahagian 2.


1 comment:

  1. Casino Review, Bonuses & Promo Codes | JTGHub
    Read our 정읍 출장샵 comprehensive 동해 출장마사지 review of the new casinos and bonus code 김제 출장마사지 to discover the welcome 정읍 출장마사지 offers, promotions, 익산 출장샵 promotions, deposit and withdrawal

    ReplyDelete

KakiBlog