Wednesday 8 January 2014

Mari Belajar dari Alam (Kisah Si Salik dan Pokok)

Alhamdulillah, daku diberi ilham untuk membuat posting tentang kisah Si Salik bersama Pokok. Dahulunya daku membuat puisi tentang langit, namun, ianya mungkin ianya tidak bersifat umum, yakni tak semua orang dapat hayati, jadi, hamba tampil membuat sebuah hikayat mengenai Si Salik dan Pokok. (^_^) Semoga bermanfaat ~

Hikayat bermula, tatkala seorang Salik memulakan perjalanan mencari TuhanNya setelah menginggalkan hiburan dunia. Dia berjalan dengan keizinan TuhanNya. Sehinggalah pada satu ketika ia berhenti berehat, lelah tidak terhingga. Inilah manusia. Mempunyai kelemahan, cepat letih, penat, dan perlukan rehat. Berbeza dengan Allah swt. Dia tidak letih, tiada pula penat dan tidak memerlukan rehat. Allah Azza Wajalla Tuhan Yang Maha Perkasa.

Fikir apa yang kita dapat menerusi pokok

Tatkala Si Salik berhenti dibawah rimbunan pohon pokok, dia mencari TuhanNya (mengingati TuhanNya) dengan melihat ke arah pokok. Hatinya mulai khusyu' memikirkan TuhanNya dan dia terlihat Kebesaran TuhanNya pada setiap pokok di sekelilingnya. SubhanAllah !!! jeritnya. Si Salik lalu berbicara dengan pokok :

"Duhai pokok, sungguh engkau adalah makhluk Allah swt yang tidak henti berzikir. Engkau terus membesar dengan cintaNya, dan terus mencintaiNya dengan mengingatiNya selalu. Namun, diriku tidak sepertimu. Aku sering melupakan Tuhanku. Terkadang aku merasakan aku kehilangan cintaNya, padahal Dia sentiasa mencintaiku, namun aku tidak melihatnya. :') Apakah aku benar-benar hambaNya sedangkan aku sering melupakanNya ? Apakah aku ini hamba yang beriman atau.... (menangis)"

Si Salik kemudiannya mengelapkan air matanya dan berkata : -

"Wahai pokok, aku melihatmu tidak mampu bergerak (bergoyang) tanpa kehadiran angin. Kemudian hatiku terdetik, Adakah angin itu Tuhanmu ?. Namun aku berhenti seketika dan berfikir semula(untuk mencari jawapan bagi soalan tadi), seandainya angin itu Tuhanmu, maka jika ia TIADA, pasti engkai TIDAK BISA menghijau. Maka, terbuktilah angin itu bukan Tuhanmu. Akan tetapi, aku melihat diriku seperti engkau. Cumanya aku digerakkan oleh Tuhanku. Tanpa izinNya aku tidak bisa bergerak. Tetapi banyak pergerakan disudahi dengan perkara maksiat. Aku terus menangis tanpa henti memikirkan hal itu. Sehingga pada satu ketika, aku mendongakkan ke langit. Aku berhenti seketika, dan air mataku mulai mengalir semula. Aku melihat langit terbentang luas menyeliputi seluruh tempat. Aku tahu bahawasanya Pengampunan Tuhanku jauh lebih luas dari langit itu. Aku terus bersujud (tanda syukur) dan bertaubat. Mulai saat itu, aku keluar mencari Tuhanku (Redho Tuhan). Dan aku ketemu engkau. :')"

Ajari aku sifat hamba yang ada padamu

Si Salik berhenti seketika dan menghirup udara Allah swt ~

"Wahai pokok, aku melihat ketenangan dalam dirimu. Engkau berayun mengikut rentak angin. Namun, tidak pula terjadi pada diriku. Aku berbuat sesuatu tanpa memikirkan Tuhanku (hukum Tuhan dan keredhoanNya). Kadang-kadang aku lupa akan kehadiran Tuhanku. Aku mengimaniNya pada mulutku (ucap syahadah) bukan pada hatiku (kepercayaan yang sebenar), malahan aku langsung tidak endahkan KetentuanNya (taqdir Allah). Aku kufur tentang apa yang terjadi pada diriku. Nafsuku sering mengawal diriku dan memberontak menginginkan sesuatu. Tetapi, Tuhanku inginkan sebaliknya. Tuhanku tidak "melayan" nafsuku, jadi aku berasa MARAH dengan Tuhanku pada ketika itu. Aku berasa marah denganNya, kononNya Dia Tidak Adil, sedangkan Dialah Tuhan Yang Maha Adil. Sungguh, aku merasakan syahadahku telah terbatal pada waktu itu. :') Aku melihatmu wahai pokok, keteguhanmu menetap pada satu tempat mengikut perintah Tuhanmu. Terus berayun mengikut kemahuan Tuhanmu. Itulah sifat hamba sejati yang ada padamu. Aku mohon kepada Tuhanku supaya diberikan sifat itu kepadaku, supaya aku senantiasa Redho pada AturanNya dan mensyukuri nikmatNya.

Kemudian, hujan mulai turun menimpa bumi. Si Salik mencari tempat yang sesuai untuk dia berteduh lalu dia berteduh di bawah sebatang pokok besar.

"Wahai pokok, engkau rela membiarkan dirimu basah, sedangkan memberikan aku tempat teduh. Adakah ini sifat engkau ? Sungguh mirip sekali sifat engkau ini dengan sifat seorang sahabat. Sahabat adalah orang yang sentiasa melindungi kita biarpun mereka tercedera. :') Mereka bersama kita pada waktu senang dan susah. Sudikan engkau menjadi sahabatku ?

Oh pokok, sebahagian dari kami (manusia) kecewa dengan hujan ini. Mereka katakan ianya bala bencana (jika hujan turun dengan lebat, maka banjir berlaku, dan ini apa yang kita sering katakan). Namun, engkau tidak pula begitu. Engkau mensyukuri nikmat Tuhanmu walaupun hujan ini begitu lebat sekali hingga bisa menenggelamimu. Engkau tidak "lari" dari taqdir Ilahi. Engkau pula tidak mati (putus asa) dengan apa yang terjadi. Itu semua sifat seorang hamba. Namun, tak satu pun aku temui pada diriku, Siapakah aku ?"

Gugurlah engkau sepertimana yang diperintahkan

Dengan kuasa Allah swt, hujan mulai berhenti. Dan terlihat oleh Si Salik sehelai daun yang berguguran di hadapannya. Dia berkata : -

"Duhai pokok, engkau menggugurkan daunmu, atau sebahagian manusia berkata daun itu tergugur sendiri dari rantingmu, namun hakikatnya, Allah swt yang lakukan itu. Dia inginkan daun itu gugur jadi Dia perintahkan kepada engkau untuk "gugurkannya" atau mungkin Dia perintahkan daun itu untuk "gugur" dari engkau. Semua ini berlaku atas QudrohNya (Kuasa Allah) dan IrodahNya (Keinginan Allah)." Kedua-dua ini merupakan sifat bagi Allah swt.

"Aku melihat daun itu menyembah bumi (jatuh ke tanah), Itukah destinasinya ? Jika ya, maka aku pasti aku juga seperti daun kerana pengakhiranku adalah dalam bumi (mati-tanam di dalam tanah)". Sedang asyik Si Salik berbicara, dia terlihat daun itu berterbangan dek kerana angin meniupnya. Daun itu terbang pergi entah ke mana. Si Salik berkata : -

"Oh Ya Allah ! Itukah yang bakal terjadi padaku ? Di saat aku mati, Engkau akan meniupkan kembali diriku supaya bisa "hidup" semula ? Hidup untuk pergi kepadaMu. Sungguh, aku ingin berjumpa denganMu.

Wahai pokok, Tuhanku telah memulihkan aku semula (sudah mendapat kekuatan). Aku mahu sambung perjalananku. Banyak lagi perkara bakal ku temui. Aku mahu belajar dari Alam sepertimana aku belajar darimu. :') Aku berharap dapat berjumpa mu lagi suatu hari nanti, mungkin di syurga Ilahi. :')"

Si Salik bangun berdiri, dan terus melakukan sujud syukur. "Ya Allah, terima kasih atas apa yang Engkau tunjukkan kepadaku menerusi pokok-pokok ini".

Si Salik menyambung perjalanannya ~

Selesai ~

InsyaAllah, jika dikurniakan Ilham lagi, hamba akan tampilkan lagi kisah sebegini :') Mohon Ilham dari Allah swt supaya tidak terputus.

Apa yang kalian sudah dapat daripada pokok ?

No comments:

Post a Comment

KakiBlog