Monday 10 December 2012

Surah Al Fatihah, Pembuka Bicara



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (1)
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين (2)
"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (3)
"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين (4)
"Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari Akhirat)"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5)
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ (6)
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ (7)
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Sebelum kita memulakan aktiviti "blogging" kita, saya rasa, adalah lebih baik kita memulakan dan merasmikan dengan Surah Al Fatihah dahulu. Maksud saya, perasmian sebelum mengePOST ilmu-ilmu lain. Jadi, mungkin ramai di antara kita yang sudah tahu fadhilat atau kelebihan Surah Al Fatihah. Terutamanya kepentingan surah tersebut bagi MENGESOHKAN solat. Rasulullah SAAW bersabda : -

"Tidak Soh solat bagi yang tidak membaca Al Fatihah" 

(Hadith Riwayat As Sohihain ; Al Bukhari dan Muslim)

 
Selain itu, tahukah anda bahawasanya semasa kita membaca Surah Al Fatihah, kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan Sang Pencipta, yakni Allah SWT. Saya nak kongsikan satu hadith yang menarik perhatian saya untuk baca satu blog itu. 

Rasulullah S.A.W. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKu dan hambaKu kepada separuh, dan bagi hambaKu apa yang dipintanya...".

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah mengingatiKu


Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah memujiKu.


Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah mengagungkan Ku.


Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.


Khalik (Allah SWT) : HambaKu telah memuliakanKu.


Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Khalik (Allah SWT) : Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta.


Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Khalik (Allah SWT) : Ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta.


(Hadis riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)


info dari majalah SOLUSI


InsyaAllah, Post yang seterusnya, saya akan ceritakan kelebihan Nabi Muhammad SAAW. :')


No comments:

Post a Comment

KakiBlog